Ulasan Novel : Jahanam karya Hasrul Rizwan

Asssalamualaikum.

Hai,Hello.

Aku tak tahu kenapa mood aku buat masa sekarang adalah kembali aktif mem-blog.Mungkin lepas dah kerah otak cari password blog baru tergerak hati nak 'menghargai' blog ni balik hahaha.
Jadi,kali ni aku nak ulas satu novel keluaran Buku Fixi sekali lagi,atau mungkin untuk masa akan datang ,aku akan mengulas dari penerbit yang sama jugak .Penulis yang bertuah kali ni adalah Hasrul Rizwan,atau di kenali sebagai Mat Gorn di laman twitter-nya.


Image result for hasrul rizwan twitter

Sebagai mukadimah,Jahanam merupakan novel ketiga brader Hasrul selepas Murtasd (2012),Tuhan dan Bercakap dengan Jun  ( kedua-duanya tahun  2013).Apa yang aku perasan,ke semua karya brader ni tak akan lari daripada dialek 'utagha -nya' dan juga watak-watak cameo.Seabagai perbandingan,di dalam Trilgogi Murtad yang ketiga iaitu Qisas jugak diselitkan watak Junaidi yang wujud dalam novel Bercakap dengan Jun.





      


Begitu jugak dalam Jahanam,watak Adam dan Akhil juga muncul .Kalau korang pernah baca Qisas,bab terawal ada menampilkan satu babak yang  turut ada dalam Jahanam.Kiranya dua karya yang ada sedikit perkongsian babak walaupun tiada hubung kait antara watak utama didalamnya.
Setebal 274 muka surat memberi aku sedikit gambaran bahawa Jahanam adalah novel yang hebat,dari penulis yang hebat buah fikirannya kerana berjaya menghasilkan karya hebat sebegini.

Watak utama Jahanam adalah Jasuli,seorang pekerja buruh kasar di kilang besi.Hidupnya dihabiskan dengan kerja kerja kerja sampai aku pun kesian dengan dia ni .Yelah.bangun awal pagi,pukul  malam baru habis dan setiap hari jumpa 'hantu tiga beranak' di jalan yang sama.Senang cerita dia ni seorang yang rajin babeng berkerja sehinggalah bertemu dengan Rokiah dalam satu insiden ketika pulang dari kerja.

Start dari tu,Jasuli dah tak overtime macam biasa.Yelah nak dating lagi kan mana ada masa hahaha.Antara yang menarik dalam Jahanam adalah penggunaan bahasa Melayu-nya.Sungguh mempesonakan sampai ada patah perkataan yang aku pun ambil masa nak faham.

Melihatnya nama watak-watak yang ada pun cukup kemelayua-nya seperti nama Jasuli sendiri,Rokiah,Tamin,Bustaman dan banyak lagi.Setiap babak diperincikan dengan begitu halus sampai aku rasa dapat berada di tempat yang digambarkan.Hasrul Rizwan banyak menggunakan unsur personifikasi ,hiperbola dan simile  dalam penceritaan.Itu yang membuatkan setiap hasil penanya sangat istimewa.

Sebagai contoh

' Ia berbintat perasaan yang sungguh aneh dan membuncahlah segala satu macam dalam sanubarinya.Setika itu liang romanya menyula naik .........' 


Haa.. hebat kan .Berbalik pada plot yang dipersembahkan.hubungan Jasuli dan Rokiah putus dipertengahan Sebabnya Rokiah tak yakin Jasuli mampu berubah dan hidupnya lebih terjamin dengan pilihan hatinya yang kerja lebih bagus iaitu pegawai kastam. itu,Jasuli bertemu dengan Tamin yang mengajak dia menyertai satu misi-merompak Kedai Emas Jauhari.Jasuli bersetuju tapi dengan satu syarat- dia tak nak dengar langsung adanya bunyi tembakan .Kalau tak,masa tu jugak dia blah tinggalkan Tamin  dan Bustaman.
Jasuli jugak mencipta satu alibi yang mana mereka boleh merompak sambil menonton wayang supaya tak ditangkap polis.Pada aku,Jasuli ni masih lagi seorang 'hero' dalam novel yang ada sisi baik.Tapi rupanya aku silap.Yes ,silap lagi.

Hasil rompakan tu Jasuli berhajat nak buat belanja kahwin walaupun jelas kat situ guna duit haram hahaha.Tapi apakan daya,masa nak propose tu Rokiah mintak putus.So dari sini lah episod frust Jasuli bermula.Dia jugak bersetuju untuk buat rompakan kedua iaitu merompak bank pulak kat KL.Kebetulan,Jasuli terima kad undangan  perkahwinan daripada Rokiah .Memang pelamin anganku musnah lah perasaan dia masa tu.So,sebagai balasan,Jasuli nak hadiahkan bom tangan ciptaanya pada Rokiah !

Setelah itu,plan dorang merompak bank ni tak selancar disangka tapi Jasuli berjaya membawa seorang tebusan bernama Salina.Tamin dan Bustaman pulak mati on the spot.Masa scene nilah muncul cameo Adam dan Akhil.

Masa jalan-jalan blog lain cari informasi pasal Jahanam,kebanyakkan menyatakan novel ni berkisahkan Jasuli yang membalas dendam atas kematian tunangnya.

So,aku tertanya-tanya ,siapa tunang dia sebenarnya sebab tak de pun scene Rokiah kena bunuh.Aku fikir jugak Salina ke oranagnya.Rupa rupanya ada peristiwa lain berlaku sebelum tu .Dan semua plot yang terjadi adalah dirancang oleh SATU WATAK NI !
Sebab apa Tamin ajak Jasuli merompak,sebab apa Salina jadi tebusan,siapa Salina,siapa hantu tiga beranak dan siapa sendiri Jasuli tu !

Aku suka dengan elemen surprise yang diberikan .Tapi sayang sekali semuanya berlaku sangat pantas seolah-olah peleraiannya tak seimbang dengan plot permulaan cerita.Pada pendapat aku yang lain adalah penulis seperti tergesa-gesa mahu menceritakan segala yang 'terselindung' Tak seperti kelabu di mana pertengahan cerita atau klimaks baru kita tahu siapa watak utama sebenarnya,Jahanam memerlukan pembaca berteka-teki dulu siapa watak ni,sebab apa dia buat dan dikahir cerita baru dihidangkan dengan solusi persoalan yang bermain di minda.

Apa yang boleh aku katakan,hantu tiga beranak yang Jasuli jumpa setiap hari tu ada kaitan dengan apa tindakan yang dia buat.

Akhir sekali,aku berpendapat brader Hasrul Rizwan memang tip-top dalam menulis karya bergenre thriller dan aksi .Selepas Trilogi Murtas,Bercakap dengan Jun,Jahanam adalah satu naskah yang patut dibaca .Lenggok bahasa yang digunakan sangat mempesonakan meskipun tema yang diutarakan berat iaitu pembalasan dendam diatas kematian orang tersayang.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1