Novel Sekolah Menengah

Sebenarnya,aku tak tahu nak bagi tajuk apa bagi post kali ni.Menganggur hari-hari macam ni boleh jadi stress dan tertekan.Bukan tak cari kerja,tapi 'bulan belum jatuh ke riba lagi'.Jadi,nak tak nak terpaksalah tunggu sampai betul-betul bulan tu jatuh.Lagipun sekarang nak ambil lesen.Lagi satu hal.Okey,kalau ada masa aku story pasal lesen tu.




Image result for lesen L


Dalam kebosanan menganggur ni,aku dah baca sebuah 2 buah novel baru.
HAHAHAHAHAAHAHAHAH.!!
Aku tahu,ramai yang dah berkotak-kotak novel yang korang baca sebab nak hilangkan kebosanan.Tapi,nak buat macam mana,sebab makan tidur,makan tidur,sekarang baru tergerak hati nak baca novel.Itupun lepas hang out kat Aeon Kinta City secara tak sengaja,menziarahi MPH dengan Popular jap.Haishh,rambang mata tengok buku-buku.
gambar tak ikhlas ni masa ambil ujian law.Dari 8.00 pagi sampai  2.30 ptg aku tunggu = =
Tapi,aku rasa,novel yang aku baca kat sekolah dulu lebih sentimental.Sampai cikgu suruh buat sinopsis bab demi bab.Tiba-tiba speechless! sebelum tu,seumur hidup,pernah sekali je baca novel.Dah kena buat kajian pulak.Tu belum lagi kena bercerita kat depan kawan-kawan.Haishhh


#Novel Tingkatan 1 ,Aku Anak Timur karya Siti Aminah Haji Yusuf ;D

Adik-adik batch 97 tak berpeluang baca novel ni sebab korang digantikan dengan novel Hikmah yang nipis gila tu.Nasib korang baik sebab aku rasa satu hari dah boleh habis novel Hikmah tu.
Buat pengetahuan,aku suka sangat novel ni.Mula-mula tahu masa cikgu tuisyen perkenalkan jalan cerita.Tentang satu keluarga Zarina yang melawat bapanya,Encik Ali di Belanda.Masa kat situ,dia berkenalan dengan Nik Van Hoeve,seorang pemuda kacukan Belanda -Indonesia.Tapi mak dengan ayah Zarina tak suka 'depa' berkawan sebab berlainan budaya.Sampailah Zarina hampir diperkosa kawan Nik,baru dia sedar betapa bezanya Timur dan Barat.

Lepas cikgu tu cerita,minggu seterusnya aku bawak novel ni.

Bila cikgu tanya,'dah baca novel awak?'

Aku pantas mengeluarkan novel tu dan,'dah cikgu,muka surat 147 dah'

Bapak semangat gila!!!!Satu kelas pandang aku dan rasa macam menyesal pulak tetiba promote.Siap bagitau muka surat!.HAHAHAHAHAH.Bagi aku,novel ni buat aku berangan nak pergi Amsterdam sebab rata-rata latar tempat yang di tonjolkan sangat best.

Dan jangan terkejut kalau ada sekuel untuk novel ni
Aku Anak Timun ,ehh,Timur II 
Aku cuba cari dekat Google tentang Aku Anak Timur II,tapi gagal.Ini pun aku jumpa kat Portal Dawama.
Melihatkan sinopsis,Zarina berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom,bukan Belanda.Mesti lagi best.Tapi sayangnya,novel lama ni mungkin dah tak dijual di kedai-kedai buku dah.

#Novel Tingkatan 4,Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
Secara jujurnya,novel ni lebih bai,.best dan 'menawan' daripada novel-novel KOMSAS yang lain.
Bagi batch sebelum 93,korang tak berkesempatan baca  novel ni.Dahlah cover lawa,jalan cerita sangat best.

Aku mula berkenalan dengan Azfa Hanani (chewahh) masa tengok akak-akak form 4 baca sebelum tunggu bus sekolah sampai.Belum masuk SABDA lagi.Bila  tolong Teacher Hananoon uruskan SPBT,aku try usha novel ni.Kata senior,Azfa Hanani best giler!!.Jadi,dengan muka seposen,minta kebenaran kat teacher bagi pinjam sepanjang cuti sekolah.
Cover asal novel ni.
Dan......................................................................................................................

Novel ni lain dari yang lain walaupun berkisar tentang pelajar miskin yang agak tipikal .Kisah macam mana seorang gadis,Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni yang seiras dengannya.Orang kaya tu dah meninggal dan Datin Maziah,ibunya meroyan sebab tak boleh terima kematian Tengku Murni.Bak paling sentap time Azfa Hanani kena halau.Amboii,,ayat macam nak amik SPM balik..hehehe.

#Tak kurang juga novel seperti Perlumbaan Kedua,Marwilis Haji Yusuf.

Perlumbaan Kedua novel KOMSAS sebelum Azfa Hanani,khas untuk pelajar Tingkatan 4.
Maybe ramai anggap macam bodoh baca kisah kura-kura dengan arnab yang berlumba siapa menang.Tapi jalan cerita dengan moral value disampaikan agak senang difahami.Tak adalah pasal perlumbaan je.Penulis bijak mewarnai  novel ni agar tak bosan dan mampu menarik hati menerukan pembacaan.


#Novel Catch Us If You Can,karya Catherine Macphall..;D

Honestly,inilah novel literature English yang seronok di baca.Plotnya lebih menarik daripada Robinson Crusoe & Prisoner of Zenda. Kisah tentang seorang budak bernama Rory bersama datuknya Granda,yang lari daripada rumah anak yatim dan Rachnadar Old Forks, kat Scotland.Memandangkan guru BI aku time Form 5 ni merangkap Inspektor Sahab yang tak habis-habis selesaikan masah disiplin kat sekolah,ada sesetengah yang baca sinopsis je tapi ada jugak baca habis.aku? buku Longman habislah aku khatam.Tapi novel ni aku peram kat locker je.HAHAHA

Kisah sedih,kelakar ada dalam novel ni.Part tak boleh tahan,time Rory dan Granda lari buat kali kedua lepas Norma call polis kata depa kat rumahnya.Sampai bus stop,Granda tak tahan terus mati tak sempat mengucap.Oppss..aku fitnah je.Rory panik sebab Granda mcam mati.Terus pegi cari bantuan.HAHAHAHA

dulu aku ingat filem ni ada kaitan dengan novel tu.tapi
'me' dengan 'us' tu yang buat aku sedar jap.HAHAHAH

Aku rasa 4 novel ni jelah yang best layan time belajar KOMSAS.Teringat kena sound dengan PK Petang,sebab tak bawak novel KOMSAS semasa rehat.Kami diwajbkan bawak apa-apa saja buku ke hulu,ke hilir asalkan BUKU.Rindu pulak peraturan kat SMKTR. ;D.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1