Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1

Saat ini,ketika ini,hidup aku benar-benar berubah 350 darjah.Walaupun 10 darjah tak berubah,aku kira keseluruhannya hidup aku berubah,bertukar.2 Jun 2013,satu tarikh yang sangat signifikan.Sekarang 14 Jun 2013,bermakna 2 minggu berada di bumi yang mengubah hidup aku ni.

17 Mei,aku dapat keputusan UPU,Diploma Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM).What??UiTM??selama ni aku bosan sangat-sangat dengar senior yang dapat UiTM.Bagi aku,U ni tak ada kelas,tak segempak UPM,UKM,UM dan lain-lain.Bila dapat UPU,rasa sedih jugak.Dahlah UiTM,diploma pulak tu.Kalau Asasi tak apalah jugak.3 tahun beb! berbanding dengan asasi setahun setengah.


Tapi,aku cuba muhasabah diri jugak.Dengan berbekalkan result SPM 5A 4B,jangan mimpi aku boleh fly gi US,dapat tajaan JPA,MARA,TNB bla bla bla.Aku rasa mereka yang dapat diploma,lebih-lebih lagi yang kat UiTM ni semua di-reject U lain sebab dapat result bawah 5A.Bapak teruk gila mentaliti aku!!!
Ya,selama 6 hari aku fikir,barulah aku terima tawaran tu pada 25 Mei.Aku resign dari Pizza Hut pada 22 Mei,after that terus list-kan barang untuk dibeli.
Sepanjang 2 minggu persediaan ke UiTM,semua aku buat sendiri.Akaun Bank Islam,Medical Check -Up,barang keperluan,baju dan lain-lain semua aku beli sendiri guna duit gaji aku.Yuran je parents yang tanggung.Masa tu,aku rasa apa yang parents aku rasa bila terpaksa keluarkan duit lebih.Bayangkan 3 bulan setengah kerja,hampir habis gaji aku beli itu ini semata-mata ke universiti.Inilah perngorbanan pertama aku buat demi masa depan yang sebelum ni mak ayah lakukan.
Seri Iskandar memang tempat yang aku tak berapa suka.Masa kecil,aku benci tempat ni sebab panas,tanah lombong,berpasir dan tak apa-apa yang menarik.Sekian lama tak berkunjung ke SI,aku kembali lagi.Kali ni sebagai pelajar UiTM Seri Iskandar.Apa yang aku fikirkan masa kecil memang jauh berubah berbanding sekarang.Pembangunan kat Bandar Baru ni memang pesat.Sana sini rumah,kedai dan bangunan rancak di bina.Selain tu,SI memang bertuah sebab ada  institu pendidikan iaitu UiTM,Universiti Teknologi Petronas,Kolej Komuniti,Kolej Vokasional,Kolej Profesional Mara bla bla bla.

Image result for tesco seri iskandar

Kemudahan berdekatan UiTM seperti Tesco,Mc Donald,KFC, D Mall ,Billion dan hotel-hotel memang menyenagkan para pelajar.Aku beruntung sebab masuk-masuk,semua kemudahan tu dah ada.Tak payah turun Ipoh .Bank Islam,BSN,Bank Rakyat memang ada kat Bandar U.So,korang tak payah risau.Dalam kampus sendiri pun ada ATM Bnak Islam,Maybank, dan BSN.

Dan semua yang berlaku kat sini membuatkan aku rasa macam selesa gila.Tak payah kusut otak pikir mana nak cucuk duit,mana nak beli barang.Tak macam zaman sekolah,tunggu outing baru bersepah pi pejabat pos Bagan keluar duit.Tapi aku rasa,jarak ATM ngan bilik pon dah macam jarak sekolah ke Bagan time outing.

Image result for bagan datoh
Bagan Datoh,tempat berusaha untuk SPM 2012
First2 masuk,aku cuba biasakan diri,bajet-bajet cam budak taiko tapi nak buat macam mana dah muka suci soleh murni  kan.Aku ingat lagi nasihat mak aku supaya jagan salah pilih kawan.Dan aku harap aku takkan tersilap sebab aku memang tak pernah silap dalam hal ni.So,kalau korang adik-adik yang baru nak masuk ni,firstly kena pilih kawan yang betul.Pengalaman aku masa sekolah dengan kerja memang betul-betul bagi pengajaran.Tapi,bukannya kita tak boleh kawan dengan semua orang.Kadang-kadang apa yang aku nampak perangai hodoh tu ada kebaikannya yang kadag-kadang lebih bagus daripada kita sendiri.So,jangan nak bajet baik sangat lah.

Aku rasa cukup kot sampai sini.Merapu bebanyak kang bukan ada orang bayar pun.Nanti sambung Part 2 pasal apa lagi yang ada kat UiTm nih.




Ulasan

  1. i'm a graduate from uitm seri iskandar gak. memula masuk mmg rase xbest, tapi lama2 seronok. lg bila pegi praktikal, bos cakap lagi suka amek budak uitm dari budak U lain. rase bangga :D. so, bila baca you tulis dlm blog pasal Uitm S.I ni rase terharu. Study hard OK!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan