Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Ulasan Novel : Budak Hostel Otaknya Sewel karya Hasrul Rizwan

Imej
Assalamualaikum babe,

Aku tahu kebanyakan daripada anda pertama kali menjenguk blog aku yang tak seberapa ni,demi mencari secebis ulasan mengenai novel bestseller ( inshaAllah )-Budak Hostel Otaknya Sewel
(BHO ) karya Hasrul Rizwan a.k.a Mat Gorn ( MG).

Buah tangan kali ini sangat berbeza.Tapi beza-bezanya pun tetap kita dapat tahu yang dibaca adalah hasil nukilan 5 novel favourite aku iaitu Murtad,Tuhan,Qisas,Bercakap dengan Jun serta Jahanam.
Kiranya BHO adalah novel kelima aku baca,setelah mengikuti perkembangan tulisan Mat Gorn di Twitter yang turut serta mempromosi.


Bagi aku,cukuplah kesemua novel yang aku baca lepas,aku yakin Mat Gorn pastinya tak akan menghampakan para pembaca kerana BHO kali ini naskahnya ringan tapi jangan salah sangka.Ringan tak bermaksud tak ada mesej langsung disampaikan olehnya.Banyak dan tak terbilang aku kira.Semuanya berkisahkan kehidupan remaja di alam asrama yang aku anggap sangat dekat di hati.

Pertamanya kerana aku pernah menjalani kehidupan asram…