Jumaat, 30 Disember 2011

Tentang Beliau dan Tsunami Rindu.(err..)

Salam.
memang penuh FB aku semalam.Jenuh aku nak bukak satu-satu  notifications yang berdozen-dozen tu.
aphal? ya,apa lagi kalau bukan kes Tentang Dhia yang meletup tu.aku akui,walaupun banyak benda lagi
yang patut di buat,aku layan jelah drama tu.tapi,tak selalu lah.
jarang aku layan full satu jam.yelah,dah maghrib.memang nak tercongok je depan TV cam tiang .tak kuasa aku!
okeyh,bagi aku drama ni banyak bagi moral walaupun ada sesetengah yang tak patut di contohi.
macam kehidupan realiti ,ada yang jahat.takkan nak sound yang jahat tu pegi tukar jadi baik.gila lah namanya.



aku rasa,memang pecah rekodlah sebab sebagai budak lelaki sejati lelaki,aku dok berceloteh
pasal menatang ni.hahaha.lantaklah.
-mak mentua Dhia,Ku Salmi memang best.sebab? jahat dier betul2 hidup.yelah,kalau cerita Indon,yang
jahat tersangatlah kejam tapi pompan ni agak klako pun ada.masa mula2 tu aku ingat jadi pelakon extra je.
rupa-rupanya watak penting..hok eleh..


- Zetty,adik Zikir yang sengal tu best jugak.sebab? dier selalu kantoikan mak dier.hahahha.
memang sengal + lurus sikit.kalau Dhia masak,memula kata takmo,alih2 sangkut jugak.memang sakai.


-Melly,pompan yang aku ingat paling jahat Ya Rabbi dalam drama ni.okeyh,aku suka masa dier 
menyamar sebagai pompan alim.walaupun nampak munafik,tapi setidak2nya lawakpun ada.hahahah.


so,secara konklusinya,aku tak pernah ikut penuh drama2 yang ada kat TV.muahahah.
aku lebih suka tengok episod akhir je.lantaklah Nada Cinta ke,Mangkuk Cinta ke,Biar Mimpi Sampai ke
Pluto ke..dan yang sewaktu dengannya.hahahahha.

and now Ombak Rindu..




seriously,cerita2 tangkap leleh camni langsung tak menarik minat aku(yelah tu.)
aku tengok movie ni pun kat Youtube.hahhaha.time dah abis tayang kat panggung dah...
maleh aku nak tengok.sebab? alah..cerita Melayu mesti keluar kat Youtube punya.
takpun kat TV3 time raya.so,toksah la risau ye makcik2..



walaupun kejap tengok,kejap layan FB,bagi aku movie ni okeyh lah.

-watak Lisa(awek kedua aku) memang menjadik walaupun gedik tahap kritikal.hahahah
-Maya (awek keempat aku) memang menghayati watak  sebagai pompan baik ala2 kucin gitu.
-movie ni ajar penonton supaya kawin dulu sebelum buat apa2.memang bagi pengajaran.
so,sapa yang dok couple tu bawak2 lah istigfar..hahahhaha


Okeyh,aku rasa dah maleh nak celoteh dah.rasa macam dah terlambat dah buat entri pasal
2 benda alah ni.basi pun basi lah.janji update.hahahhah
mana tau lepas ni ada Tsunami Rindu pulak,Ribut Rindu ke.tak pun Tentang Beliau,Mengenai Saya atau
apa2 saja.lantaklah.maleh nak layan..wakakakaka =D

ppsstt...- harap2 janganlah pulak ingat aku kaki jiwang hahaha.tooo-hoo-loong lah weyyh!!






Khamis, 22 Disember 2011

Dunia ada sempadan

Salam.
pertama sekali aku nak minta maaf sebab lama bertangguh nak update blog ni.sama macam aku
bertangguh buat homework yang bertimbun-timbun tu.tahniah juga kepada calon PMR 2011-terbaik dalam 4 tahun ni.SMKTR pun dah meningkat khabarnya.begitu juga dengan Zealot Boes,batch Form 3 yang gempak
tu.dapat kalahkan I-GOP walau SABDA tumpas di tangan SEMESTI.lupakan saja PMR.
itu cuma setengah dari kehidupan jika nak dibandingkan dengan kehidupan di universiti.beranak -pinak,cucu-cicit,cirit -birit(ehh??).

dah,dah.aku nak sentuh kali ni pasal 'dunia ada sempadan'.pernah dengar orang cakap macam ni

'dunia sekarang tanpa sempadan.depan mata jerk boleh dapat'

bagi aku,dunia mesti ada sempadan.macam mana kalau Malaysia tak ada sempadan dengan Thailand?
aku yakin,sekarang ni korang mesti garu kepala tak paham sebab aku cakap siam. satu haram tak paham hahaha.macam mana kalau haiwan boleh bercakap?konfem aku tak yah gi skolah sebab kucing aku boleh ajar kat rumah.maka kuranglah ajar aku.hahahah.
.#agak kurang ajo!

mari kita tinjau -macam mana boleh orang cakap 'DUNIA TANPA SEMPADAN'

#1990-an
ni zaman M-POP,kakak Elite,Kru muda belia lagi.eh,aku ada tak masa ni?ada,tapi tak kuar lagi.haha.
zaman ni,kalau tanya apa menda tu Facebook-semua akan gelek..eh..geleng kepala 360 darjah..
ponin sebab tak tahu camna nak jawab.



 yang dorang tau komputer jer.tu pun dah nak masuk alaf baru.
time nak tahun 1997-1999,orang dah start sibuk pasal e-mel.tapi ada gak yang tak tau.haa..masa ni lah aku
menjelma.kahkahkahkah.



kau boleh tengok bukan main besar lagi skrin dier.hahahah.tetikus pun dah macam roti dah.
aku yakin,masa ni memang mimpilah nak cocok pendrive.lubang panjang tu?
itu untuk disket.err..

'apa disket tu?'

jawab si emak 'sejenis biskut kowtt'..

pernah suatu ketika aku bagi disket kat cikgu.fuhh..jenuh nak bukak.cikgu tu dah tahan gelak dah.
aku paling takut kalau dier cakap...

' canggih betul pendrive  awak'

hahaha.tak tau pulak zaman sekrang ramai tak pakai benda tu.betul2 aku ketinggalan zaman lah....- - '.



#2000-an

zaman ni dunia semakin mengecil.sebab?ya, bermula dengan ipod-manusia gilakan gadjet!
lepas tu Internet mula 'membiak'...tapi tak ada lagi Facebook,Myspace,Friendster atau berapa banyak yang 
kau nak! manusia baru ada yahoo mesenger atau Google mail.
mereka hanya melayari laman internet-tak laman sosial langsung!
 dan sekitar 2005-2008,manusia mula berinteraksi sosial kat shoutbox setiap website.


blog?.hah,baru nak berjinak2 dengan remaja.aku ada baca satu artikel sekitar 2009-blog didominasi 
oleh golongan dewasa.apa kau nak gelak?rileks,aku pun merah muka  tahan gelak ni.
kalau penulis masa tu tengok remaja skang giler blog-mau pengsan.
masa ni?haa...Meet Uncle Hussin popular weyyh....Facebook cuba melebarkan sayapnya
di ikuti ngna Twitter...aku?baru f2...err.baru belajar chapter Circle f2.masa ni rasanya -ya rabbi,susah lol!


#dunia ada sempadan.

ya,dunia mesti ada sepadan dan batasan.internet tak semestinya bagus,tak semestinya tak bagus.
bagus tapi tak bagus.walaucamna pun bagus .ehh?berapa banyak bagus daa...
lantaklah.bergantung pada korang lah nak wat aper pon.aiman tak kisah....hahahh.sebab apa ada sempadan?
meh tengok ni

hina islam5 Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara Hina Islam? Bakal Dihukum Selepas Ini?

inilah akibatnya kalau tanpa sempadan atau batasan.semua benda di rasakan boleh di buat.
haisshh,macam-macam kehidupan.semoga Allah sentiasa lindungi kita.






psst-aku ada friendster,tolong gelakkan akuh!

Rabu, 14 Disember 2011

Bila dah terhantuk.....

Salam.
hangat.panas.kontroversi .sensasi.berapi. itulah yang boleh menggambarkan betapa popularnya
isu TENGKU SOPHIA.eh,siapa perempuan ni?.kuno giler kau!
baiklah,biar aku story.Tengku Sophia merupakan seorang gadis Indonesia yang telah mencetuskan
kontroversi apabila menghina Islam dan negara-negara jirannya terutama Malaysia.
sakit hatikan?ya,aku akui,sebagai warganegara bumi bertuah ini,aku sangat bengang dengan dier.
yelah,sudahlah hina agama suci Islam,negara tempat aku dilahirkan,dibesarkan pulak.
lagi hot temper aku naik..tapi semua tu tak ada makna lepas...







  • wahai kawan-2 ku , ampunkan dosa-2 ku , sebenarnya , kita dah tersilap , account tengku sophia dah kena hack , ni yang real https://twitter.com/#!/imtengkusophia. marilah lah , kita bersama-2 berdoa untuk dia , agar kuay kan dirinya , dengan dugaan yang Allah ♥ berikan , dan sama-2 lah kita berdoa untuk diri kita , agar diampunkan dosa , kerana telah memfitnah tengku sophia . ini semua kesalahan diri saya . maafkan saya .

    twitter.com
    Instantly connect to what's most important to you. Follow your friends, experts, favorite celebrities, and breaking news.
ha...kalau nak gelakkan aku gelaklah.aku yakin, ramai lagi yang kutuk dier.sekarang,laman twitter dier dah tak ada.sebab apa?aku tak tau.yang ada cuma l2 laman twitter yang mengaku sebagai Tengu Sophia.tapi
dalam statement yang memohon maaf.nah! lagi satu masalah timbul,mana satu yang asli.
aku hanya geleng kepala.dunia sekarang,kalau dah maju lagi teruk otak manusia.

err..follow aku kat twitter..ceh!https://twitter.com/#!/AreAfiq

tapi,bila kita dah terhantuk macam ni,baru kita nak tunjuk bagaimana 'sejatinya' kita
 mempertahankan agama dan maruah negara dari di caci.

kenapa tak dari dulu lagi buat camtu?tutup aurat kau,jaga batas pergaulan kau,hafal rukun negara,
nyanyi lagu negaraku sambil diri tegak.aku pun pesan kat diri aku sendiri-bukan bagus sangat.
alahai manusia...kenapa macam ni yek?
aku percaya,kalau ditanya generasi dinihari,mesti ramai yang nganga ditanya rukun negara
 mulut masuk biawak pastu muntahkan..nganga balik.eh..merepek apa aku?


ternyata setiap berlaku ada hikmahnya.aku tau walaupun si 'peng-hack' akaun twitter
Ts ni tak bermahajara lela macam 3 hari   yang sudah atau maharaja lawak mega,mesti kita tak buka mata.
hanya mampu melopong buat tak endah.

so,kita berhentilah mengutuk tengku ke,tunku bersalin ke,bangku ke..yang penting
masing2 mau ingat untuk jaga kehidupan kita.
dunia sekarang sangat mencabar,ramai manusia dah hilang pedoman.mungkin aku? kau?
 macam-macam mausia buat.
termasuklah cari publisiti dengan menjadi mereka yang bukan kita..




Sabtu, 3 Disember 2011

Parasit Kehidupan

Salam!

Wuyyoo...,ni first time aq bagi salam kat blog ni.jawab tau!hahahha.apsal tetiba berubah ni?
Jangan salah sangka.tak salahkan kalo kadang-kadang kiter nak tukar selera  kan?.
oiitt..toksah susah2 fikir aq kena renjatan letrik ker,terhantuk kat tepi longkang ker ,tak pun hilang ingatan.
saja ubah angin.





Actually aq nak promote kat korang blog baru aq.baru join tapi dah lama ada .
ni dia=http://nakbagitau.blogspot.com/
blog ni aq blogging ngan beberapa student sekolah aq.saja,mengisi masa lapang walaupun
blog yang ada ni tak terupdate selalu.

okey,dah cukuplah iklan blog baru tu..skang  straight to the point.
Manusia ada macam-macam ragam.aq ponin kadang2.biler masuk sekolah baru dulu,barulah aq jumpa
aneka perangai haram jadah,baik nak giler dan berlambak lah.itu baru sekolah baru,cuba
fikir macam mana kehidupan di alam pekerjaan?
lagi teruk kot.

ada satu hari aku baca artikel tentang mat rempit.eh,bukan mat kepit kat Lorong Haji Taib tu!!
tobat nyah~!(sila buat gaya  ucop wilchair...)
sekadar gambar hiasan jer weyyh!!!

yes,yang suka bawak motor laju-laju tu.kalau kat trek F1 tu tak per.tapi pastikan tak
satu circuit ngan F1  car.naya kau  kena langgar kang!.nak tunjuk bagus baik pegi ke tempat yang sewjarnya.
toksah nak riak la kawan!!

 


yang tak puas hatinya,main redah jer jalan2 raya.kau nak mampoos  menghadap Ilahi cepat2,
kau punya pasal lah weyyh!!
toksah susahkan polis,ambulan mahupun orang ramai nak uruskan badan kau yang
terburai kat tengah-tengah jalan tu.











walaupun dah berlambak kes mat rempit ni kat paper,
situasi still sama.aq punnya bagus sangat pun nak . kutuk lebih-lebih.
errr..,aq bawak motor pun kadang-kadang TERlaju....apa nak buat..
tak sengaja kan.hehehe =)
         
ini dah kes' high level' dah ni!                                  

tapi inilah hakikatnya,dorang yang suka merempit tu biasanya bawak laju-laju sebagai hobi.
saja,mengisi masa senggang(bukan sengal)
eh,boleh dapat duit tau...ya,duit tu sangat tak berkat sebab kau susahkan orang.
jadi,lebih baik jangan jadi parasit kehidupan orang lain.
tapi,mat rempit tak semuanya jahat.macam-macam faktor yang memberi sebab
kenapo dorang jadi macam tu.

so,layan jelah video kat bawah ni walaupun tak ada kena mengena langggssooong atau meleret dari
artikel aq taip.huhuhu..





 psst=jangan tiru aksi ini di rumah yek!!