Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak ulas sebuah novel keluaran Buku Fixi yang sememangnya dah lama diterbitkan iaitu Kelabu karya Nadia Khan.Novel ni dikeluarkan penulis pada tahun 2011,dimana ketika itu aku form 4 dan penerbitan Buku Fixi pada aku ketika itu tersangatlah asing.Kelabu ni sebernarnya antara barisan Buku Fixi yang terawal dikeluarkan dan terakhir pada tahun 2011.So tahun ni,barulah tergerak hati aku nak membeli dan meneroka apa yang istimewa sangat sampai cetakan pun dah ke -16 ( Mei 2015 ).

Sebelum ni ,aku pernah baca karya Nadia Khan yang kedua iaitu Gantung terlebih dahulu.,Pada aku,Gantung ni tak lah best sangat ( tak tahu pandangan orang lain macam mana) sebabnya aku keliru antara naratif dan penceritaan yang digunakan penulis.Semua ni sama jugak macam filem Terbaik Dari Langit.Ada sesetengah penonton yang tak faham yang Bront Palare tu dah mati ke? Apsal dia naik ke langit? Semua tu bergantung pada fikiran dan pandangan masing-masing.Tapi untuk karya sulung Nadia Khan ni dapatlah disimpulkan yang Kelabu lebih baik daripada Gantung.Sebab apa? nanti apa habaq sat.

Aku masih ingat lagi,kali pertama menatap novel ni memang tak mengeluarkan aura langsung.Pertama sebab cover Kelabu ni kombinasi warna biru dan pink ( warna paling aku benci ).
Kedua sebab bila baca seinopsis belakang Kelabu yang berbunyi :

"Senang hidup dalam dunia yang hitam dan putih. Baik-jahat, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.

Apa yang berlaku di tengah-tengah?
Apa yang berlaku kepada orang-orang macam aku ?

Apabila Jun datang kepada aku , menawarkan posisi sebagai " boyfriend kontrak", aku  tidak menolak. Salah aku ke  untuk mengatakan "ya" kepada awek cun ? Salah aku ke untuk menjadi lebih baik menghiburkan dia  daripada teman lelaki dia  sendiri?

 Salah aku ke untuk jatuh cinta dengan dia?

Aku Amir. Datang ke dunia aku  di mana hitam dan putih tidak begitu jelas. Mungkin hanya selepas itu, koramg  akan memahami bagaimana rasanya untuk berada di dalam dunia aku. Dunia Kelabu ".

Bagi aku seorang yang sangat malas mengkaji sinopsis sesebuah novel ,aku rasa Kelabu ni tak lebih daripada kisah cinta kontrak/kahwin paksa kebanyakan atau belemon-lemon novel sebegini yang ada kat pasaran.Bila tengok ketebalan Kelabu berbanding novel-novel yang lain lagilah aku lemah.Yelah,kebanyakan buku keluaran Fixi ni nipis-nipis antara 250-300 muuka surat je.Tapi kelabu ni 450 lebih kot ! Lagi-lagi pasal love story.
Rupa-rupanya aku silap,Aku silap menilai dan aku lupa yang aku sekarang tengah membaca salah sebuah novel keluaran Buku Fixi !

Okay,make it easy,pada awal pembacaan pembaca akan terbayangkan sisi 'macho' watak utama,Amir yang merupakan seorang freelance photographer dalam menerima tawaran sebagai boyfriend kotrak Jun.Penulis menggambarkan yang Jun ni sangat cantik,bijak tapi malangnya ada boyfriend yang hampeh - Azhar sebab selalu ignore perempuan tu.So Jun ni nekad offer posisi tu pada Amir yang memang player ni bagi men-jeleskan si Azhar ni.Nampak klise kan?
Amir ni ada seorang kawan baik iaitu Shah yang selalu mendengar apa-apa je masalah dia.Cuma bila kes ni melibatkan  tawaran Jun,Shah seolah-olah macam menghalang Amir daripada menerima Jun.Masa ni aku tak terhidu apa-apa yang 'fishy' daripada tindakan Shah.Mungkin sebagai seorang yang rapat dengan Amir,Shah tak mahulah Amir ni dikecewakan lagi.

Tambah pulak Amir ni pernah dikecewakan Suhani,awek lama dia sebab katanya Amir " tak mampu bagi apa yang dia nak".Masa ni babak-babak lama antara Amir dan Suhani digambarkan penulis macam scene ketika Su reject Amir ,babak romantis sana sini yang menyebabkan aku sendiri nak termuntah (mungkin sebab aku pun jeles kot ).


Turut diceritakan jugak macam mana eratnya hubangan rapat antara Amir dengan bapaknya,krisis antara ibunya,suasana kerja Amir yang tak suka menghadap model-model banyak songeh dan banayak lagi.Gaya penceritaan sangat bersahaja diselang-selikan dengan penggunaan bahasa inggeris.Baru nampak urban dan real kan?Tak adalah baku memanjang.Aku suka dengan personaliti Amir sebagai naratif utama yang menceritakan tentang sesebuah babak.Kadang-kala kelakar dan lebih penting dekat dengan jiwa pembaca,

Semuanya seperti kisah cinta biasa contohnya babak Amir yang sanggup pergi hospital di KL balik nak melawat Suhani padahal tengah syok-syok kat hotel bersama Jun di Melaka ( kononya tak boleh lupa ex-girlfriend lettew) sehinggalah di pertengahan cerita- pandangan aku terhadap watak utama bertukar 360 darjah langsung.Tahniah Nadia Khan sebab berjaya membuatkan aku dan pembaca yang dah baca novel kau ni sampai 16 cetakan tertipu hidup-hidup hahahah.

Tahap imginasi aku terhadap gaya,lenggok percakapan,tingkah laku Amir memang betul-betul berbeza antara awal novel dan pertengahan cerita.Barulah aku tahu,apa maksud kata-kata Suhani tu,apa sebab Shah tu cuba nak menghalang Amir ni dari bersama Jun dan siapa Jun tu sebenarnya.Malah,aku pun dapat meng-hagak kenapa cover depan novel Kelabu ni menunjukkan seorang lelaki sedang tangkap gambar secara 'terbalik'.


 5 bintang aku kasi pada Kelabu ni sebab berjaya buatkan aku non-stop membaca walaupun adalah dua tiga hari nak menghabiskan hahaha.Sungguh aku tak sangka,yamg Amir ni sebenarnya Amira! Yes,Nadia Khan sebenarnya menggunakan konsep 'Mindfuck' dalam mencorak pandangan pembaca terhadap watak utama.Sebab tu aku cakap,tahap imginasi aku terhadap Amir berubah 100 %.
Lepas klimaks yang pembaca tahu siapa Amir ni,barulah konflik sebenar mula berlaku contohnya pegaduhan antara Amir dengan Shah sampai Shah bawak diri ke Australia.

Sepanjang membaca ,aku banyak jugak tersalah sangka atau  fikir secara  berlebih-lebih.Contohnya bila Amir menjejaki Shah ke Australia,kebetulan ada satu pesta menghimpunkan golosngan Lesbian,Gay .,Biseksual ,Transgender  atau secara ringkasnya LGBT. Masa ni aku ingat Amir ni terjerumus dah bergaul dengan golongan macam tu.Dan aku jugak ingat yang Amir berjaya menjejaki Shah .Rupanya silap.Penulis mengaturkan Amir berjumpa dengan mak kandung dia kat air port.,Pada masa ni lah semuanya terbongkar sebab apa dia jadi macm tu.

Tema yang di utarakan begitu menarik iaitu sehanyut manapun manusia dalam memilih jalan hidup,mesti dia akan kembali kepada fitrah.Walaupun mata kasar kebanykan orang sebelum membaca Kelabu,novel ni penuh dengan babak sosial,Tapi percayalah sebab ada nilai yang cuba disampaikan penulis walaupun tak banyak mana.Di akhir cerita,pembaca mesti akan berpuas hati bagaimana perubahan Amir ni walaupun tak secara total sebagai Amira tapi boleh lah diklasifikasikan sebagai 'Happy Ending'.


Selepas membaca,aku pasti akan merindukan watak-watak dalam novel ni yang jelas menunjukkan betapa kuatnya jalan cerita ataupun plot sehingga memberikan impak terhadap pembaca seperti aku.
Sekian.

Ulasan

  1. Baiklah ,pendapat aku tentang novel ni adalah penuh dengan cerita terselit disebalik kisah sebenar......tapi aku memang suka jenis novel yang macam ni...kerana akan membuatkan kita ingin meneka apa sebenarnye kisah cerita ni.dan jalan cerita ni memang tak berterabur langsung malah tersusun membuat kan pembaca tertanye tanye dan pelik...oklah dalam cerita novel KELABU ni aku bagi 5 bintang kerana cerita nya sangat seronok dan aku galakkan pembaca remaja untuk membeli buku ini sebab terdapat pengajaran dan teladan yang terselit.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1