Ulasan Novel -Bukan Serapuh Daun Maple

Assalamualaikum
Cuti semester datang lagi.Aku datang lagi menjenguk blog yang bersawang ni.*ayat common blogger *
Dalam cuti yang selama sebulan ni,aku banyak habiskan masa baca novel.At least tak lah buang masa sangat daripada goyang kaki kat rumah.Untuk pengetahuan *walaupun tak ada sape nak tau *,ni cuti sem ketiga untuk semester ketiga aku belajar kat uitm.Dan kalau cuti sem pertama,aku pilih Arjuna Hatiku karya Norazalina Nordin & Tiada  Lagi Mimpi karya Sharifah Abu Salem,cuti sem kedua pulak Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Murshid,kali ni aku pilih Bukan Serapuh Daun Maple karya Fatinilam Sari.Semua novel yang aku baca tu semua novel lama dan tak up to date langsung.Sebab apa? sebab aku tahu,genre novel sekarang ni sangat sangat cliche iaitu pasal kahwin paksa yang mak aih bosannya nak baca.Untuk Bukan Serapuh Maple ni,kisahnya sangat simple.Tapi ada jugak diselitkan pengisian keagamaan yang walaupun tak sebanyak Dingin Salju Wisconsin keluaran Galeri Ilmun tu,setidak tidaknya di berikan jugak.


Seperti sedia maklum,tajuk novel ni Bukan Serapuh Daun Maple ,penulisnya Fatinilam Sari,penerbitnya Alaf 21 dan tahun keluaran novel ni adalah 2012!. Tapi dah 2 tahun baru aku baca.Tu pun aku beli kat kedai buku second hand  menggunakan baucer buku! Nampak tak jimat di situ.Okay ,straight to the point,aku akan ulaskan novel ni kaw kaw.

BSDM mengisahkan Tasneem Hj. Mansur,seorang lepasan SPM yang telah tamat program persediaan ke luar negara dan di tempatkan di Universiti of Bridgeport.So far aku tak tahu pun ada nama u ni USA dan novel ni membuatkan aku terujana nak pergi kat sana.Dalam masa yang sama,Tasneem ni dah ditunangkan dengan Andrian,sepupunya sejak diorang ni kecil lagi.Masa tu Tasneem baru 10 tahun dan Andrian dalam 17 tahun kot .Masalahnya sekarang ,Andrian ni tak dapat dikesan langsung selepas belajar di universiti yang sama Tasneem belajar.Oleh itu,Mak Uda ,ibu saudara Tasneem mintak dia carikan Andrian yang dah bertahun - tahun hilang.Semua ni dengan harapan lepas tu,mereka dapat disatukan kembali.Tasneem sendiri pun tak tahu sama ada perasaan dia pada Andrian ni ada ke tak.


Sampailah dia bertemu dengan Christian Olson,seorang warga Amerika yang menolong Tasneem semasa mengejar Fahmi,orang yang bertanggungjawab mengandungkan housemate dia iaitu Emma.Masa tu,Chris ni terpegun tengok seorang gadis asing yang pakai tudung sebab dia tak pernah tengok lagi orang Islam pakai tudung.Sejak hari tu,Tasneem dengan Chris ni banyak berjumpa secara kebetulan contohnya masa menyelamatkan Tasneem dari kena kacau orang negro.Bila lama-lama,Tasneem mula mengenali Chris dengan lebih dekat lagi dan menerangkan serb sedikit tentang agama Islam .

Bagi aku,apa yang cuba diketengahkan dalam novel ni sangat menarik iaitu kisah cinta antara dua budaya yang berbeza (barat dan timur).Terdapat jugak unsur islamik diterapkan sebagaimana aku cakap tadi.Contohnya seperti perbezaan budaya barat yang sangat bebas dan aku dapat bayangka. macam mana pergaulan Susan(adik Chris ) dan Andrian.Paling mengejutkan aku adalah bagaimana rapuhnya iman seorang melayu beragama Islam ,Andrian yang sanggup berkahwin dengan cara agama Kristian semata-mata perasaan cintanya pada kekasihnya yang bukan islam,Susan.Novel ni jugak berjaya mengilustrasikan betapa hayutnya Andrian tu sampai sanggup minum holly water dan menjadi murtad ! Dia jugak melupakan Ibunya yang setia menanti  dikampug setelah bertahun tak balik Malaysia.

Tapi sebaliknya,Christian pulak yang tertarik dengan agama Islam dan menganutnya bukan kerana perasaan cintanya terhadap Tasneem.Tapi apa yang cuba di gambarkan penulis adalah kehidupan Chris itu sendiri yang kosong walaupun dilimpahi dengan kemewahan hasil warisan pernigaan keluarganha.Ya,itu aku akui,kebanyakkan masyarakat barat yang bunuh diri pun sebab perkara yang sama.Apa yang buat aku kagum dengan watak Tasneem adalah kekeuatannya dalam mempertahankan sesuatau.Sebagai contoh bila teman lelaki Emma,Fahmi tak nak bertanggungjawab terhadap anak yang dikandungkan,Tasneem desak untuk berjumpa dengan Fahmi.Dia seorang yang sangat lantang dalam membantu Emma.Macam tu jugak masa dia mrnjawab semua persoalan Chris tentang agama Islam.Semuanya secara berhemah dan berkhikmah.

Tapi latar utama iaitu tempat Tasneem belajar kurang ditonjolkan dalam novel ni.Sebelum aku baca,aku akan membayangkan susasan universiti tempat Tasneem belajar sama seperti dalam novel Dingin Salju Indiana dan Dingin Salju Wisconsin.Ini kerana kedua-dua novel menggunakan latar yang sama iaitu belajar di universiti terkemuka di Amerika Syarikat.Perjalanan novel ini pun berlaku dengan sangat pantas tanpa simpang siur dan mengikut kronologi.Apa yang aku teka akan berlaku memang berlaku tapi tak lah sepantas seperti yang di persembahkan penulis.Ada jugak scenr yang aku tak jangka contohnya  Susan yang sanggup bunuh diri selepas mendapat tahu Andrian curang terhadapnya.Babak Andrian murtad pun aku tak sangka langsung!




Selain itu,terdapat jugak isu yang cuba diketengahkan dan teguran kepada orang Melayu khususnya.Contohnya watak Chef Mazlan yang tak senang hati dengan Tasneem semasa dia kerja di sebuah restoran makanan melayu.Ada je kerja yang disuruh buat Chef Mazlan dengan alasan Tasneem pekerja baru.Paling dasyat Chef Mazlan fitnah Tasneem dengan sanggup mengupah pemuda inggeris supaya Tasneem di buang kerja.Memang nampak cliche tapi itu,ah realiti masyrakat Melayu yang iri hati sesama bangsa sendiri.Tapi Tasneem ni hatinya sangat cekal.Dia memang lantang melawan cakap Chef Mazlan.Penulis jugak membandingkan macam mana bersungguh-sungguhnya golongan mualaf mendalami ilmu agama berbanding golongan Melayu yang memang dah sedia Islam.Aku memang tabik sebab Chris dan pak ciknya,Profesor Umar Olson bersungguh-sungguh belajar mengaji al-quran ,solat dan ke kelas agama.

Secara keseluruhannya,ending novel ni tak kurang hebatnya.Cuma aku agak pelik,macam mana Andrian yang dulunya tak ada hati langsung dengan Tasneem walaupun ditunangkan ,jatuh hati dengan Tasneem selepas insaf  ,dan kemudiannya melepaskan Tasneem pergi bersama dengan Chris atau nama Islamnya Muhammad Aslam.Tasneem pulak jatuh sakit lepas dapat tahu Chris akan berkhwin dengan Siti Hajar.Ayahnya yang sebelum ni bukan main halang hubungan diaorang akhirnya merestui .Betapa pantasnya babak -babak tersebut berlaku walaupun novel ni hampir separuh 1000 muka surat!

Ending sangat berpuas hati.Mungkin aku terlalu biasa membaca novel yang banyak simpang siur untuk memanjangkan plot .Tapi novel ni straight to the point,senang faham dan menggambarkan setiap keadaan yang cuba ditonjolkan.
Sekian,wassalam.





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1