Ulasan Novel : Budak Hostel Otaknya Sewel karya Hasrul Rizwan

Assalamualaikum babe,

Aku tahu kebanyakan daripada anda pertama kali menjenguk blog aku yang tak seberapa ni,demi mencari secebis ulasan mengenai novel bestseller ( inshaAllah )-Budak Hostel Otaknya Sewel
(BHO ) karya Hasrul Rizwan a.k.a Mat Gorn ( MG).

Buah tangan kali ini sangat berbeza.Tapi beza-bezanya pun tetap kita dapat tahu yang dibaca adalah hasil nukilan 5 novel favourite aku iaitu Murtad,Tuhan,Qisas,Bercakap dengan Jun serta Jahanam.
Kiranya BHO adalah novel kelima aku baca,setelah mengikuti perkembangan tulisan Mat Gorn di Twitter yang turut serta mempromosi.


Bagi aku,cukuplah kesemua novel yang aku baca lepas,aku yakin Mat Gorn pastinya tak akan menghampakan para pembaca kerana BHO kali ini naskahnya ringan tapi jangan salah sangka.Ringan tak bermaksud tak ada mesej langsung disampaikan olehnya.Banyak dan tak terbilang aku kira.Semuanya berkisahkan kehidupan remaja di alam asrama yang aku anggap sangat dekat di hati.

Pertamanya kerana aku pernah menjalani kehidupan asrama,dan aku tahu apa yang terjadi disana.Kedua,dialek bahasa yang di tuturkan walaupun majoriti budak sekolah aku tahun 2011/2012 datangnya dari Selangor dan Perak.Ketiga,budaya yang dipersembahkan seperti junior-senior.Alaaaaa,biasalah suruh itu ini pada adik junior.Aku  jarang lah buat (kononnya) tapi setakat tolong cari maggi,panggilkan member tu perkara biasa hahah.Okay tak lupa jugak aku suka paw sesiapa  yang ada makanan sedap dulu kat locker yang bertuah hahah.

So,Budak Hostel Otaknya Sewel ni membawa warna atau dimensi baharu pada penulisan Hasrul Rizwan.Aku tak cakap secara TOTAL sebab bukan sahaja unsur komedi atau humor,ada jugak aksi diselitkan tapi tak lah seberat Murtad.


Berlatar belakangkan Sekolah Agama Haji Barokbah ( aku tak tahu kenapa nama dia lagu ni ),BHO mengisahkan Mat Piah,Cupin,Akhil dan Widad dalam menjalani tahun terakhir sebagai pelajar disitu.Wait,Akhil ? OMG mesti ada Adam kan  ! ( Trilogi Murtad ).Ya,ada jugak watak Adam dalam ni tapi tak lah sebnyak Akhil.Senang cerita dalam BHO ada pre-kuel bagaimana Adam dan Akhil ketika bersekolah sebelum muncul dalam Murtad.

Plot bergerak rancak bila diorang ni merancang nak pecah masuk senyap-senyap asrama puteri,Mak oi gatainya tak hingat,Yang tak boleh blah bila misi dorang adalah nak hambik bra milik Zakiah Merican- barang panas sekolah tu.Hahhahahha sakai nak mampus kan misi tu.Kononya dengan kejayaan tu,dapat lah dorang ni kalahkan Borhan si mulut celaka yang merupakan budak bajet sekolah tu.

Aku suka gelaran yang diberikan pada setiap watak dalam novel ni
.Contohnya  =
Zubir Gayboi ( sebab dia ni songsang ) ,
Mona Ranggi
Ghani Garpu
Imam Ahmad Maslang ( antara kawan dorang yang alim tapi haprak perangainya hhaha )
Budak monyet ( junior form 1 yang dorang ingatkan innocent rupanya hyperactive )
Fatehah Bisu ( sebab kat kelas tak pernah dengar suara dia )

dan banyak lagi.Sehinggalah tahap klimaks bila Akhil dapat tahu yang Zakiah Merican pujaan hati pengarang jantung tu rupanya ada skandal dengan Adam.Dalam BHO turut diceritakan perbezaan kembar ni sampai Zakiah tu dapat tahu rupanya Akhil ni menyamar ( walau tak sengaja ) sebagai abangnya.

Banyak scene humor yang membuatkan aku gelak tak hingat sebab ia tak dibuat-buat dan neutral gitu bila dibaca,Sebelum ni kita dapat sikit-sikit je dialog2 lawak menerusi karya terdahulu,Tapi kali ni nah ! hambik kau bacalah sebab berguling pun orang tak kisah.

Antaranya

Babak gaduh dengan Budak Monyet

"Angin bertiup kencang dan petir tiba-tiba menyambar ke tanah dengan kuat sehinggaa membuatkan mereka lebih ketakutan.Namun tidak pemuda itu,yang secara tiba-tiba menendang kaki katil sehingga patah dua dan gelak mengekek seperti seekor babun.

Menjeritlah semua yang ada bagai pondan dan berlari ke bucu bilik yang kini menjadi semakin terhimpit  "



"Perlahan-lahan mereka mengalihkan wajah ke sebelah kanan tatkala mendapati cahaya meyuluh cepat diatas bayang-bayang mereka.Bagai disapa oleh hantu,seorang gadis berdiri tegak di hadapan pintu dengan wajahnya yang berselaputan bedak sejuk "


Tikus pun penakut si Damia ni.Dengan jantan tak takut pulak dia.Aku tengok dia menggedik dengan mamat muka Bangla kelas 5 Hanafi tiap-tiap haru kat kelas.Dah la macam pelacur lapar Hotdog ! Semua dia nak rasa'.Kata LIza Kuping dengan nada marah "

hhahahahh mengekek aku gelak.Tak ketinggalan,kita akan rasa saspens jugak dengan apa tindakan selanjutnya Akhil bila dapat tahu Zakiah tu girlfriend Adam.Lagi mengejutkan bila sebenarnya Zakiah tu ada.........okay korang kena baca.Cukuplah aku bagitahu,BHO memang ter-boik daripada Hasrul Rizwan,antara penulis kegemaran aku.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1