Kerja Oh Kerja

Assalamualaikum
Budak lepasan SPM sekarang ni sibuk bekerja .Sana sini kecoh update pasal kerja.Ada jadi promoter,ada jadi cashier ,ada jadi penyangak,penyamun,perompak dan macam-macam  lagi.

Aku tercicir dalam kalangan insan yang bertuah tu.HUHUHUHU ( lagu sedih ).....
Dulu,lepas je abis paper Biology 3,aku dah bercita-cita nak ambil lesen lepas tu terus cabut pergi kerja.
Namun,langit tak selalu cerah sebab taufan ribu datang melanda.


I'M READY For Long Journey ;D


Pertama sekali sebab aku aku meroyan tak tentu pasal nak kerja? :
-Actually,aku bukannya  budak SBP /MRSM/HARIAN atau  lain yang duduk rumah ,goyang kaki dan habiskan beras mak bapak dengan menjadi penganggur tegar.

-Aku perlukan P E N G A L A  M AN .Bosan gila kalau semua dunia kita hanya di laman sosial,chatting dengan orang-orangg yang kita kenal S A H A J A.Macam mana nak strive kat U?Hello,kat sana manusia pandai pun jadi bodoh sebab pengaruh kawan.At least kalau kerja,kita tak terlalu cultural shock sangat

-Aku nak cuba rasa cari rezeki sendiri.Kalau sekarang ni mak bapak tanggung segala bagai,tak salah kalau kita berusaha membantu.Lantaklah kaya gila babeng anak Tan Sri,Datuk tapi harta tu bukan aku punya.
MAK BAPAK kan
-                                    

So,R E D H A ibu bapa pun kena ada jugak.Kalau kerja tak mintak izin or without 'keberkatan',rezeki tu dah tak bermakna.Dah,puas hati aku.

Ni sedih sebab nak 'habaq mai '.Lepas habis paper terakhir tu,aku dengan suka rianya terpaksa menggalas tanggungjawab besar.Ehem,apakah itu?

"Afiq..aku nak mintak tolong boleh?"
  (Muka suci )

"Apa dia??"
(Muka cuak )

" Tolong angkat meja ni sebab sebelum exam dulu aku tolong  angkat meja kau "
(Muka suci + harapan + bulu mata terkedip-kedip)

Dewan 'Lantai Pecah'..kalau lompat2 sikit dah retak


Okey,muka aku pasrah time tu .Orang lain dah mula angkat meje tak sabar nak berambus dari dewan.
Nak taknak tolonglah sebab dah terhutang budi bergadai nyawa jiwa raga kan.Tapi,aku buat SATU kesilapan besar!!!.Kesilapan ni membuatkan aku penat lepas habis menduduki hari-hari terakhir 'Ess-p-em '

Aku tertinggal pencil case kat dia.
Pencil Case?
I.C? 
Ya,benda tu ada kat Akak Wanie kite.Dialah orang paling bertanggungjawab.Bayangkan dari SABDA ke Hutan Melintang,aku rasa macam dah redah hutan Amazon dah.Dahlah sekolah tu 'hujung' bagan,memang dah sampai pekan baru teringat.100 ribu kali jugak lah aku call Wanie.(marah ni ..)

Tapi nak buat macam mana kan.Aku  'sabaq' je lah..last-last i.c ada kat Irfan yang komen , masa aku post  status kat Facebook.Ini betul-betul kes jenayah sebab tak ada i.c...sob..sob..sob.

Selama 2 minggu aku jadi pendatang hareemmm tanpa izin lagi  tanpa permit.Nasib baik tak cakap indon.Kalau tidak memang dah konfem tak sama dengan aku yang jelita ni.Cehh!
Selama 2 minggu jugak,aku tak boleh buat lesen ,keluar berfoya-foya dan berjoli.Okey,dah kronik ni.
Masa ni betul-betul 28 Disember lepas paper 3 Biology

Akhirnya, 2 minggu dah pun berakhir sebab Irfan bagi balik pencil case tu time  Annual Dinner Camaraderie.Agak cuak jugaklah pergi Manjung tanpa i.c .Rasa macam baru bunuh orang pulak (over sket )
Saat berfoya-foya


Tapi,'ke-gumbira-an ' tu tak tahan lama sebab daftar lesen pun lambat.Semua urusan aku sorang je yang buat.Salah aku ?rasa nak nyanyi lagu Aku Yang Berdosa je sebab tak ambil ejen.Semua orang ada ejen.Haaaa..ni lah yang start forever alone.Misi mencari kerja nampaknya terbantut.
Tempat meinimba ilmu pemanduan ;D
Last-last aku aku cari kerja dengan  Syapik! kawan aku paling genius nih!Masa trial dapat straight A's tau. Memandangkan 'tarak' lesen moto,jadi kami pun membuncit membonceng melilau kat Ipoh cari kerja.Tempat pertama?

THE STORE
Bukan lokasi sebenar
Berikut merupakan perbualan sadis dengan akak The Store.

Aku : (melangkah penuh semangat,nampak akak tu terus lambai..sumpah tak malu )
Akak tu : ( bukak pintu dengan senyuman ala-ala Lisa Surirumah gitu )
Aku : akak,kat sini mana boleh saya dapat kan borang jawatan kosong ?(konfiden )
Akak tu : Oh,sebelum tu boleh akak tau umur hari jadi adik berdua bile ?

Waktu ni aku dah riang ria nestle cornfleks dah.Ingat kan dah ada harapan nak kerja.Siap tanya 'besday'lagi.Tapi..........................

Aku : saya  tut tut tut tut..dia tut tut tut ( di tapis )
Akak tu : oh,maaflah dik,kat sini memang kami amik 18 tahun ke atas secara officialnya ..akak memang suke lagi-lagi adik speck ni.Dah lah cute .Tapi The Store tak bagi sebab belum cukup umur

Masa ni aku  aku dah patah seribu dah.Mula-mula Syapik suruh beli pen.Bapak semangat sebab takut 'depa' marah sebab tak bawak pen sendiri.Cik Kak Cashier tu senyum kambing je tengok kami keluar dari office dengan hampa.Alih-alih,hareeemmm..
Next station ialah 

GIANT
Giant kat USA lain gilo
Ahaa,actually lepas The Store,kami pergi Ipoh Parade, dan Giant Sunway City.Kat Giant lagi tragis dan menyanyat hati.Masa tu hari Ahad,satu keputusan yang bijak lah sangat datang waktu macam tu.

Mula-mula dah sampai kat pintu guard,rasa teruja gila lah sebab tulis "IMMEDIATE CASHIER".Bila masuk nak mintak pass,abang guard kata kena pakai kasut sarung,tak boleh pakai selipar.Sekarang ni aku betul-betul menyesal pakai selipar waktu prep.Betul-betul teringat kat peraturan sekolah yang Uztad Mad suruh ikut tu.Nasib baik jarak Sunway City dengan rumah tak jauh sangat sangat.

Balik rumah siap tukar baju berkolar lagi.Ni semua sebab teringat semua peraturan sekolah.Padahal datang isi  borang 'jew'.Bila semua dah lengkap macam nak pergi prep,muka masing-masing  senang hati .Tapi kesenangan tu  tak bertahan lama sebab .......

ABANG GUARD 1: Bang,diaorang nak mintak kerja ni.
ABANG GUARD 2 : Hari ni hari Ahad!! Office mana nak bukak.Kalau nak mintak kerja pun cari lah hari lain (= =)
ABANG GUARD 1 : Iyelah!!!..(tepuk dahi) 

Kami mengucapkan jutaan terima kasih berlemon-lemon pada Abang Guard 1 sebab 'sudi mengingatkan kami ' pakai kasut baju berkolar segala bagai.Tapi lupa nak ingatkan Hari Ahad..
Keluar dari Giant,beli aiskrim makan puas-puas.HAHAHA


Lokasi 3 : X X X X
Kerja ni senonoh okey!!
Kat tempat ni aku datang balik.Masa tu,saja-saja datang ingatkan nak cuba nasib.Alih-alih DAPAT jugak.Perasaan?rasa macam baru dapat biasiswa JPA  padahal temuduga kerja saja.Bermula 21 Januari,hidup aku berubah total 360 darjah.Apa X X  X X tu? nanti aku story sebab aku terdetik mintak kat sini pun sekadar suka-suka dan pergi tanpa Syapik.Masa tu dia dah kerja dulu.Yang pasti,aku terima  rezeki ini dengan secekal mungkin dan tak mungkin berputus asa sementara 4 bulan menunggu tawaran belajar  ke IPTA ;D

#The End

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja Oh Kerja ~Part II

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1