Kerja Oh Kerja ~Part II

Assalamualaikum.
Sebenarnya aku malas nak bagi tahu kat mana aku kerja sempena mengisi 'cuti' ni.Bukan apa,aku bukannya 'fofular' sangat nak kecoh-kecoh pasal kerja ni.Maklumlah,kerja pun tak lah sehebat mana pun.Tujuan aku kerja sebenarnya tak lebih daripada nak mencari pengalaman dan kalau bonus pun hanya untuk duit poket je.Bila dah kerja,baru tahu apa yang parent kita rasa semata-mata nak besarkan kita,Okey,cukup lah mukadimah air mata nih.Musti tersentuh kan sampai keluar hingus hijau pekat? ( eeuuww).Pi basuh.Pastu teruskan layan blog ni.HAHAHA

Mood tetap baik walau kena tegur

Insiden tak diduga semasa kerja.



Sekadar penambah rasa.Tak ada kaitan = =



Rasa alim lettew tweet macam ni ;D
Amacam,nampak tak keterujaan aku bagitau semua orang yang kerja ni macam best?
 Setelah dilanda kontroversi sebab ada yang kata aku kerja tak senonoh lah,balik malam lah,bayar triple lah,aku nak buat pendedahan sulit ni.(lain macam gila ayat nih ).
Okey,sebenarnya aku kerja kat sebuah restoren francais yang aku rasa satu dunia dah tahu.Wah,maknanya aku ni kerja ala-ala international lah ye?Fuyoo,sila tepuk tangan.Rasa kembang hidung jap.Tapi restoren ni bukannya fast food or junk food sangat yang penuh dengan MSG.Nah,tengok ni kalau nak tau sangat!! 


Nametag krew restoren!!!



Aku tetiba meroyan nak kerja sini pun sebab blog  BUDAK NI.
Akhirnya aku mengaku jugak.Aku kini berkerjaya (cewah) sebagai krew
Restoran Pizza Hut Giant Sunway City Ipoh.Puiihh.Hapa ke panjang betul nama restoran ni.Sebenarnya,dalam entri sebelum ni,aku cakap yang aku kerja kat satu tempat nama XXX.Inilah tempat yang nak di rahsiakan sangat tu.Sulit kononnya.Kenapa?
Tak puas hati? Rasa tak suka dengan kerja ni?Tu kau punya pasal-lah.Aku tak kisah kerja kat sini walaupun terpaksa melayan order customer yang melantak je kerjanya.Sebab aim aku kerja kat sini apa?Yes,nak cari PENGALAMAN.Kalau budak PLKN dok citer betapa seronoknya naik flying fox ,jumpa kawan baru,yang tak dapat tu????????.Ya,the words is

P.E.N.G.A.L.A.M.A.N

Hari pertama kau kerja kat sini adalah pada tanggal 30 Januari 2013.Wow,betul-betul hujung bulan punya dan 5 hari lepas tu gaji pekerja lain dah bank in dalam ATM.Orang pertama yang aku jumpa adalah Aishah,budak lepasan SPM macam aku jugak masa mula-mula mintak kerja,Dialah yang tolong bagi borang kerja kosong dan bagi nasihat supaya aku letakkan gambar sekali.Bila dapat kerja,aku rasa betul-betul terharu sebabkan gambar tu kot aku di terima.Nampak semangat gila  babeng ahh!!!

Hari pertama,aku dah mula masuk area Kitchen.Semua krew rasa kagum (amboi) dengan aku sebab biasanya budak baru masuk Customer Service dulu.Tapi yelah,aku ni pemalu dan kalau boleh tak mo pun  jumpa customer.Dan sepanjang satu hari,aku belajar macam-macam.Bukannya Differentiation Add Math yang susah tu atau Mitosis & Meiosis dalam Bio.Tak susah mana pun.Yang penting tak tahu

T.A.N.Y.A
Dah nama pun area Kitchen,musti lah semua berkaitan memasak.WEhh? aku potong bawang pun tak khatam lagi,takkan terus nak buat Pizza kot? Dah ah lebih daripada 10 Pizza.Haiwaiian Chicken,Hawaiian Supreme,Chicken Supreme,Super Supreme,mak oii,Tergeliat lidah cheq nak sebut.Apa kejadah semua tu?tapi  aku belajar perlahan-lahan.
Ohh tidak,bnyak gila nak tau nama pizza ni

Sebelum pergi kerja,aku akan baca dulu menu Pizza Hut kat official web dia.Sumpah semngat gila.Tapi,semua ni berjaya jugak sebab lama-lama aku dah biasa dengan semua menu
Kalau korang rasa Kitchen Pizza Hut ni penuh dengan kuali,periuk,kawah,dan lain-lain,korang silap.Semua pakai mesin loorrhh.Nak panaskan spagetthi ada microwave.Nak goreng wings ada FryMaster.Nak bakar Pizza ada oven.Memang nampak senang tapi perlukan kepantasan dan kesabaran tambah-tambah kalau customer banyak.First2 memang blur sebab tak tau nak buat apa.Satu menu pun haram tak tau buat.Tapi,lama-lama,kita turut jadi pantas macam krew lain sebab menu yang di order mesti siap dalam tempoh 14 minit kalau bagi sebijik pizza.


Lepas order siap,krew yangg jaga kat Aux Table mesti ketuk loceng and jerit
"Service,product out!!!"
Kalau customer nak take away,mesti kena melalak
"Cashier ,product out !!!!!!"

Malu gila nak buat semua tu lagi-lagi customer ramai.Semua pandang muka pelik je sebab nak tengok sapa yang jerit kuat-kuat.Yelah,kalau produk sejuk,korang jugak bising pastu tak nak bayar.Krew servis pun kadang-kadang terlalu sibuk sampai makanan siap pun tak perasan.

Bangga gila muka mamat ni -sebelum pergi kerja
Tapi kan ,kerja kat sini tak adalah susah mana.Hari first memanglah rasa  nak tercabut pinggang.Nasib aku  baik sebab jumpa kawan lama kat SMKTR yang turut kerja kat sini iaitu Izzamudin(Kitchen) dan Maslia(Customer Service).Izzam memang banyak tolong aku sebab aku ni jenis tak reti cakap dengan orang lain.Tanya pun takot2 macam hamster je.Kat sini,Izzam ajar cara potong pizza,buat spagetthi and banyak lagi.Start dari situ,aku dah tak malu-malu nak tanya  orang lain yang kebanyakkannya lahir antara 1990 - 1995.Hamboi,nampak tak aku kaji kerja kat sini?HAHAHAHA


Pasal kerja kat Pizza Hut ni,ada 3 Manger.Shift Manager,Assistant Manager and Manager Besar.Shift Manager biasanya tak tetap dan selalu tukar-tukar sebab depa ni dari cawangan lain.Sepanjang aku kerja kat sini,aku TAK PERNAH LEWAT.Sebab? ya,aku nak pertahankan reputasi.Kalau masuk pukul 4,aku datang 3.30 dan punch kad walaupun 30 minute tu tak kira pun.Baik gila kan?Haa..tepuk lah tangan !

Memandangkan staff kat sini muda-mudi,waktu kerja kadang-kadang kecoh tak ingat.Bila ada terbuat pizza lebih,bakar lebih deli wings tu,kami pakat balun .Yelah,rezeki takkan nak buang cik adik oii...berdosa tau.
Paling aku layan kalau Maslia pasang lagu time dia washing.Ada satu hari terpasang lagu raya,.HAHAHA.Layan je lah dik non..

Kalau korang rasa Pizza Hut ni fast food,korang silap besar.Haaa,kan dua kali silap ni.Semua topping pizza adalah fresh2 belaka and doh pizza kami tak recycle macam brand pizza lain.Oppss,tesasul plak.Air pun bukan semua ada gas.Ada jugak healthy drink punya.(betul ke?)


Sekarang,dah lebih 20 hari aku kerja kat tempat lah ni.TAPI 20 hari tu pun aku rasa banyak benda-benda yang dasyat berlaku.Haiiyaa,memang tangan kayu betul aku ni.Antara benda DASYAT yang aku buat macam kurung manager dalam Chiller,tumpahkan sos,jatuhkan pizza lava,jatuhkan mangkuk sos dan bagi manager makan fried garlic rice yang sejuk.Amcam ,brutal tak gua?HAHAHAHA.

Oklah,kau malaz tahap cipan nak cerita panjang-panjang.Nanti korang bukannnya nak baca pun sangat.Cukuplah korang hasut aku suruh bagitau kerja aku hapa (lawak hambar).
Banyak insiden sadis yang berlaku semasa aku kerja.Dulu,aku rasa pakai baju kemeja sekolah time prep sabtu adalah benda paling pelik pernah di buat.Now,benda sama beraku pada tempat kerja.

Teka -teki : binatang apa pandai makan pizza?

Ingat tak iklan ni? 
-ONE THREE HUNDRED EIGHT-EIGHT TUPAI-TUPAI-
HAHAHAH.Jawapannya TUPAI lah.Sumpah aku ingat Pizza Hut sebab iklan ni je lah kot.(= =)


Akhir kata,aku harap sepanjang bekerja kat sini,aku tak mudah nak berputus asa.Sebelum pergi oversea(cewahh),universiti locak pun,at least aku ada bekalan

P.E.N.G.A.L.A.M.A.N
Mintak maaf sangat-sangat pada kengkawan yang sampai nak bunuh diri sebab nak tau aku kerja apa 
( fitnah semata-mata).Credit to
-Miss Kanchana
-Miss Lynda
-Izzam
-Maslia
-Aishah
-Fatin
-Sarah 
-Hakim
-Kak Izzah
-Kak Hema
-Kak Wary
-Kak Gi
-Danish
-Chandru
-Viki
-Kavi
Selamat berkenalan dengan korang,kalau aku ada salah silap maaf zahir batin.Yelah,aku ni macam batu sikit.Tak reti nak ber-SO-SIAL ,sebab tu try nak kerja.LASTLY

"THE JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGINS WITH A SINGLE STEP"
Motif ?= =

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ulasan Novel :Kelabu karya Nadia Khan

Universiti Teknologi Mara Perak : Kampus Seri Iskandar 1