Rabu, 5 Disember 2012

Langit Impian

Permulaan kuno
 ' setiap orang di dunia ini mempunyai cinta-cita sendiri'
eh,Cikgu English aku cukup marah kalau setiap kali esei,opening buat macam ni.
'Everybody in this world have their bla bla bla bla'

Okeyh,aku nak muntah,muntah dan termuntah dengar opening tu.Kalau ditakdirkan Tuhan,aku dijadikan pemeriksa kertas peperiksaan SPM, dah berdozen kertas jawapan aku reject.huh!
Berbalik pada fokus kita,cita-cita sememangnya ada dalam diri manusia.lainlah kalau bukan manusia.ceh, aku memang suka membebel cuti sekolah .Almaklumlah,meng- 'anggur' je kerjanya.Memang  dah jadi istiadat agaknya,orang yang habis SPM duduk rumah ,besarkan perut..kaki ...kepala ( 'berhibernasi ' dipagi hari,pukul 12 baru bangun ).
Perjalananan seorang manusia dianggap kenangan yang sememangnya tak dapat dilupakan.Melupakan setiap detik yang dilalui sememangnya merugikan diri.

Dan dalam meneruskan perjalanan tersebut,cita-cita sentiasa dijadikan pedoman agar diri cekal menghadapi hari -hari seterusnya.Bukan aku nak kata orang tak ada cita-cita,seorang yang buruk akhlaknya.Ada je,manusia yang  genius gila 'kababoomm',tapi bila tanya,

'Apakah cita-cita adik/kakak/abang/Dato'/Datin/Tan Sri/Puan Sri?'
-
-
-
-
-
-
-
-
-
= = "
'Entahlah,saya ikut je takdir'

Kepala lutut kau lah kan.Memang wujud orang macam tu.Strive macam nak gila kat SPM..masuk 'U' perah otak sampai kering,alih-alih tiada cita-cita.Ceh,buang karan je lah.Baik start tadika,duduk diam,cikgu ajar buat 'bodo' je.Tu tak kronik lagi kalau tak ada cita-cita .Yang tak tau habuk pun ada jugak.Kerjanya menghadap buku je.Masuk tak masuk lain cerita.Janji rock!

Cis,manusia-manusia.Impian memang berlambak kalau yang tak 'seberapa' bijak ni kan.Aku pun sama lah juga.Kalau nak di ikutkan,berkoyan-koyan kertas aku guna nak tulis impian tu.

Impian...Impaian..Ampaian (dah loklak dah.......)

#1 SAYA NAK JADI CIKGU

Teringat time darjah satu,guru kelas aku sangat baik.Baik 'gilo' sampai aku boleh kemas beg time dia tengah mengajar.Ceh,muka aku memang seposen pun time tu.Sedar tak sedar,pembaris panjang melekat kat belakang badan.Kurang ajar lagi kan.Dan pada suatu hari,aku ikut mak aku pergi pasar pagi.
Jeng jeng jeng.....aku jumpa benda ni







Kalau orang tanya,nak jadi guru apa?Mula-mula aku akan fikir ,subjek apa yang paling best dipelajari.Setelah itu,aku cari guru yang aku betul-betul suka.Sehinggalah Cikgu Fatimah,pindah ke Pahang,aku jadi sangat sedih.Guru BM sangat baik.Apabila naik darjah 2,Cikgu Rabiatul jadi guru subjek ni.Sampai darjah 4,cikgu ni jadi guru  kelas dan diganti Cikgu Farid yang memang terkenal dengan sifat kelakarnya.Masa ujian 1 darjah 5,aku dapat rangking pertama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Cikgu memang puji habis sampai hantar balik rumah.



Kali terakhir belajar BM sekolah rendah adalah bersama Cikgu Shahilah.Kelas aku masa tu memang 'Puaka' gilo ahh...nak-nak aku jadi ketua kelas.Sebab itulah,Cikgu Shahilah pernah merajuk sebab tak siap karangan mengenai kokurikulum.Ceh,patutlah sepanjang aku sekolah rendah,hanya sekeping gambar tersimpan.


2# SAYA NAK JADI DOKTOR

Agak tipikal bagi budak tadika bila tanya cita-cita hendak jadi apa?

'doktor.'

= = "
...........................................................................................................................................

TTOOOO-HOOO-LOOONGGG lah.Sumpah bosan gila dengan jawapan macam ni.Masa sekolah rendah aku selalu fikir,kalau semua orang nak jadi doktor..siapa yang nak jadi cikgu?posmen?penoreh getah?
Mungkin mereka berharap cita-cita itu menjadi knyataan.Tapi adik-adik sekalian,jangan lupa usaha.Jangan jadi macam 'abang ' yang tengah membebel ni.Statement yang agak tipikal ini sangat menyokong mengapa aku tak nak jadi doktor.


Doktor kerjaya yang scary(bagi aku ).Dr.Mahathir telah membuktikan kerjaya ni impian setiap  pelajar.;D

#3 SAYA NAK JADI PENULIS

Fenomena aku 'bertemu' dengan novel bermula dengan kakak aku.Tengok novel tebal 'gedempol' terus rasa nak baca.Sampai minah tu bising sebab novel kawan dia hilang.Time tu aku aku buat 'dono' je.Ambil bantal,selubung dalam selimut.Muahahah,

Novel dia Seharum Kasih...tak lupa ni.



Tak masuk lagi masa aku pergi rumah kawan aku,siap tunjuk novel yang aku baca kat kakak dia.Ceh,bangga kot kena puji.Start tu,setiap buku biodata yang orang suruh isi,aku tulis cita-cita nak jadi penulis.Maklumlah,budak-budak.Beli benda 'bodo' macam buku biodata,buku warna buku power rangers memang tak sah.HeeHEHEH.


Kesimpulannya,setiap orang nak jadi lebih baik.Usaha sahaja yang membezakan kalau apa  yang kita nak tu tercapai.

#penutup yang tipikal
huh!



























Selasa, 4 Disember 2012

Bahasa Melayu Baku -Wujudkah?

Yang Berusaha.,Tuan sekian sekian,Pengetua SMK Seri Pagi,
Yang dihormati,Encik sekian sekian sekian,Penolong Kanan 'SESGI'
Yang dihormati,Puan sekian sekian sekian,Guru Kanan Kemanusiaan,
Guru - guru cemerlang,guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.


Pernah mendengar pengenalan ucapan di atas? Ya,setiap hari Isnin mahupun majlis-majlis formal di  sekolah  atau di luar sekolah,pengucapan awam sudah menjadi terlatih dalam kalangan pelajar.Segala jenis mak nenek protokol mahupun peraturan perlu di patuhi agar majlis yang di kendalikan itu tersusun.Ramai orang berpendapat,bahasa baku adalah antara protokol yang mesti dipatuhi bagi melancarkan pengucapan awam yang kita lakukan.

B.A.H.A.S.A  B.A.KU????

Agak seriau aku dengar.Mak aiihh,meremang bulu hidung,roma,keting dan segala bagai jenis bulu lah.
Dah setengah abad merdeka,adakah lagi orang yang bertutur dalam bahasa bakul...ceh,bahasa baku?

Melihat situasi di Malaysia,memenng dah pupus 90 % dah.Eh,berani tau aku potong selipar ,lepas tu kau buat sup.Sebab?hasih,pagi exam Bio,selipar aku habis kena kebas.Cis,nasib baik dah nak balik rumah.

Mari kita lihat,bukti kepupusan bahasa baku..



SI FULAN SI FULAN
I found this. :Manusia sekarang cakap Iloveyou macam cakap Hai -_- . haha~
Like ·  · 52 minutes ago near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan · 



Ah,begitulah jadinya kalau 'penulisan baku ' pun  berterabur,mestilah pertuturan pun sama.
Perlu di ingatkan,bahasa baku ni bergantung pada sebutannya,bukan penulisannya.Eh,apa aku merepek? okeh,cover balik.heheheh
Kebanyakkan masyarakat sekarang memandang Melayu  Singapura sebagai penutur bahasa baku.Aiseh,itu mungkin zaman P.Ramlee kot sebab sekarang,evolusi bahasa Melayu dah pun 'di transformasikan'.Speaking pun dah makin pekat sampai Bahasa Melayu sendiri tenggelam di sana.

Sebutan bahasa yang betul merupakan ciri-ciri bahasa Melayu baku.Kalau masyarakat England mengkritik penggunaan bahasa Inggeris-Melayu (Manglish) atau Chinesse-English (Chinglish),mengapa tidak di lakukan dalam konteks negara ,makmur ini.

Cis,kalau kita menonton drama indon,penggunaan kosa kata yang bercampur aduk dengan 'sleng' Jawa,Padang,mahupun lebih 'moden' , di Jakarta pun dah mula di tuturkan (tibai je ni ).


Persoalannya kini,wujudkah bahasa Melayu ini dalam sanubari anak muda.?
Perlu diperingatkan ,bahasa penyatuan bangsa.Bahasa jiwa bangsa.

Bagi aku,bahasa dan sebutannya yang betul tak menjamin kesepaduan rakyat.Sebaliknya,pemupukan asas bahasa tersebut menjadi benih agar kita tak 'merempat' di negeri sendiri dalam aspek bahasa.

Aiseh,boringnya post kali ni!


 Psst/: menjunjung bahasa ilmu perlu mengendong bahasa antarabangsa (English)



keserasian dua bahasa perlu diutamakan















Jumaat, 30 November 2012

Berakhir Di sini

Baiklah,dengan ini saya berikrar,
-tidak akan 'mallaaazzzzzz'..nak update blog ni
-menggunakan bahasa dan tanda yang betul
-tidak akan merepek-repek kat ni
-tidak akan tidur dalam kelas.....apa? tidur?eh,tahun depan sekolah ke?


Yup,Sijil Simpanan Premium..oppss..Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.) bagi tahun 2012 telah melabuhkan tirainya.Tapi untuk pelajar Sains Tulen sajalah.Bersyukur?Gembira?Sedih?mestilah cik kak oi..
Selama 11 tahun berjuang,dicampur dengan zaman prasekolah,kenapa tidak detik ini dirasai?
Selama 6 tahun menanti U.P.S.R, 3 tahun menanti P.M.R..S.P.M? 2 tahun kot!
Aku Tak SETERUJA Macam ni.- -'
Selepas habis sahaja exam,semua gembira...10 minit sebelum habis kertas 3 biologi,masing-masing dah teringat kat rumah.Padahal baju kat locker tak kemas lagi.hehehe.

Tak kurang juga yang melulu ke Kantin.ehh,ada seorang makcik yang sangat baik beserta keluarganya -Kak Intan dengan Encik Azmi yang tabah melayan order kami sepanjang minggu exam ni.Mana taknya,hari-hari kami order makanan selepas solat Isyak.Dan hari itu,beliau bermurah hati adakan jamuan.hahah.
Aku terus balun tak ingat!
 

Ya,sepanjang keberadaan kami di sini,tanpa senior atau junior...kamilah pemerintah.Tak percaya?kalau tak takkanlah bilik Iron dah jadi muzium merangkap Bilik Penolong Kanan..haish..dasyat sungguh.,

Sepanjang 2 tahun  juga,pelbagai rintangan dan dugaan yang kami hadapi di sini.Tak dapat aku bayangkan semasa Majlis Bacaan Yassin &Solat Hajat SPM,tiba-tiba  blackout.Okey,satu aspura tak jerit nama n****l  pun.Dan malam itu,aku lihat satu Bagan Datoh gelip gelita macam kat Hutan Me...Amazon.Haish,tahun ini je dah 3 kali.Belum lagi time tahlil arwah,surau turut blackout.Hilang kusyuk cheq!

Ceh,susah nak cakap lah.Basikal warden habis kami balun round satu sekolah.Aku pun join lah..hehehe.
Lepas jugalah gian nak naik sebab sebelum ni..
----------
'diorang tu tak nak belajar ke? asyik round sekolah je'

tiba-tiba...penghasut datang..jeng jeng jeng

'Afiq,jom main basikal..cikgu sekian sekian sekian bagi main...'

-
-
-

-
-
Pandang kiri kanan,terus rompak basikal tu kat stor sukan aspura.hehehe

Kami main menatang  tu sampai 'hancuurrr' tau tak.Harap-harap keadaannya sihatlah hendaknya kini walaupun kena sound beberapa kali dengan ustaz sekian sekian sekian.heheheh

 Tak kurang juga kedatangan kucing yang kiu-miut ke dorm-dorm terpilih.Dan yang palin istimewa apabila dorm tersebut beruntung sebab kucing comel tersebut menjadikannya R&R buat sementara.
Ceh,dihalau karang derhaka pulak.hahaha.
Hoitt,kering lah kau kami tak ada..;D muhahahah'
Aku tak sangka betul budak laki suka kucing, terubat hati acik c**** walau dengan sabar kutip penutup tong sampah kat dataran.haissh..


ohh..berlambak tak habis mee hailam ni..sedap gila!

Dan hari Sabtu,2 2 hari sebelum exam Pendidikan Islam ,All Jazarians termasuk   ex-Jazari  telah mengadakan  reunion.Wallaweyy...aku bedal tak ingat lah malam.oppss..next post akau  cerita tentang malam tersebut,,.> ,<


psst : rasa bersalah snap tanpa kebenaran..haha

Dewan Makan antara lokasi palaing berjasa selain daripada kantin sekolah.Aku tahu,ramai yang patah balik bila DM makan ikan,err..aku benci lauk ikan bakar(ikan rebus..lalallala),tapi kalau dah 140 makhluk je,jadi sedap pulakkan.Kesetiaan pada DM ni bukan calang-calang murid boleh buat.Yelah,mesti nak makan sedap kan dan eksklusif untuk kita .Aku antara penanti setia pintu DM agar terbuka pada waktunya untuk mengisi ruang di perut ini.hahahah.


Selamat tinggal
-baju  kemeja PREp
-baju melayu (sumpah aku tak suka baju melayu sekolah ..hehehe)
-baju outing (mangsa penculikan sindeket baju outing )
-baju PJ
-uniform sekolah yang banyak berjasa
-baju batik (baju kulit bawang o , o )
-baju kahwin
-baju raya
-baju-bajuan
-baja?

dah,post panjang-panjang meleret pulak.
Apa-apahal,selamat menempuh kedewasaan batch 1995.Abaikan kita lahir tahun binatang apa..(*&%$#2)
Pastikan kejayaan pada 23 Mac nanti menjadi memori pengorbanan sepanjang 11 tahun ini.

Yippi!~


#saya mengaharapkan ihsan anda untuk memberi komen seikhlas mungkin untuk memperbaiki penulisan budak kecil' ini.

heheheheh..
- - '