Sabtu, 2 Februari 2013

Hakikat Si Rabun ~Aku Terima

Assalamualaikum.
Satu kesilapan besar dalam hidup aku pernah lakukan adalah kira-kira 9 tahun yang lalu.Kesilapan inilah yang aku sentiasa kongsikan apabila ramai orang bertanya.

Sebenarnya,satu keluarga asas aku pemakai tegar cermin mata.Bermula dengan abang sulung aku,abang kedua,kakak ,adik,ayah ,mak dan aku! .Semuanya bermula pada umur 9 tahun,kakak aku buat speck baru.
Dan aku terpandang speck lama bulat,batang besi yang betul-betul lama tu.Nurul ! Nurul! dah alang-alang jumpa speck kau ni,baik aku pakai bawak jejalan.

Teringat mak aku kata,abang aku pakai speck nampak macam anak Cina.Sampai sekarang ni orang panggil dia 'Ah Chong' (= ,=).Tapi sekarang memang bapak orang dah.Dulu ,speck orang memancing ikan biasanya di-offer buat budak sekolah yang baru buat.
Satu taman perumahan aku ronda-ronda dengan basikal merah semata-mata nak tayang speck baru tu.
Kau bayangkan ,baru darjah 3 dah pakai speck!.Sampai kat rumah kengakawan,bapak dier tanya aku..

"Eh...Afieq dah pakai speck?comelnya!!! "

"a'ah,dah lama dah "
(muka bangga sket )

Bila mak aku dapat tau,betul-betul kena kaw-kaw punya.Dia kata mata tak rabun,toksah gatal-gatak merenyam memiang nak pakai speck ada power.Start hari tu,aku jakun gila sampai tak boleh bezakan sunglasses dengan speck yang ada power.Jumpa je try pakai.Tanpa disangka-sangka,(suspens ) power mata aku makin tinggi.Bukan 'power mata' macam pompan dalam Final Destination sampai boleh tembos furture tuh! (lawak hambar)Tapi RABUN.

R.A.B.U.N
(bukan babun ya akak-akak sekalian )
sekadar hiasan (= =)
Doktor pun dah sahkan aku rabun yakni penyakit paling ramai di dunia lah kot.Penyakit ke?ntah...
Patutlah masa belajar tajwid kat sekolah agama,satu hapah pun aku tak nampak.Memang betul-betul buang karan sampai suruh kawan salin nota tajwid.Kadang-kadang kalau putus asa sangat aku pakai hentam taram je  tulis nota.Betul-betul ayah pin kan?

Main bola pun boleh pakai speck 
Start dari situ,koleksi speck mata aku dah berpuluh jugak.Buat pengetahuan ahli-ahli fan aku (ceh ),aku ni memang seorang yang tak reti jaga barang.Masa kecik,mak aku beli mainan tapi aku baling masa tengah merajuk.Amboi,ala-ala brutal gitu.So,kalau dah pakai speck ni,tak sah kalau tak patah memanjang.Bayangkan,speck yang harga beratus-ratus tu dengan pasrahnya patah seribu tak sampai setahun  pakai.Sadis gila !
Sepanjang menjadi pemakai cermin mata yang tegar,aku tak boleh lupa satu inseiden yang begitu 'menyagat hati.'Time tu aku darjah 5,guru kelas aku Puan Ganamandy memang sayang gila kat aku (perasan ).Speck aku  tu memang dah tahap uzur pun padahal tahun lepas baru beli.Then,aku tak sangka-sangka yang dia nak jumpa aku kat bilik guru satu hari.

'Awak ni nampak ke tak masa saya ajar'

'Nampak lah,cikgu kan besaq'

'Memain pulak,ni saya risau sebab awak student harapan bangsa,negara dan agama tau'


dan aku tak disangka dia hulur not 'RM 5 ploh hengget' suruh buat cermin baru.Agak terkejut dan terharu plak.Selama ni aku tak suka dia sebab ajar BI tak faham,kuat berleter then suka denda.Tapi,orang yang bernama guru ni betul-betul baik hati.Sedikit sebanyak pandangan aku terhadap Pn.Gana ni berubah sedikit.

Speck yang aku beli guna duit tu tak tahan lama jugak.Tahun depannya,tukar speck lain.Betul-betul pakcik kayo lah kan...begitulah putaran hidup cermin mata kalau dah aku tuannya.Malang betul kan speck-speck ni?hahaha.
Benda yang sama jadi selama 9 tahun benda ni melekat kat muka aku.Paling aku bengang tentang speck..


Bila kita letak atas meja,bingkai tak seimbang.(Sebelah terangkat)

Kenangan Form 3

Bila pakai speck,ada orang tegur 'kenapa pakai speck  senget? ke hidung yang cacat?'(kwaja!)


Bila bukak speck,aku nampak kobis  kabus

Vios pun nampak pelik kalau bukak speck ;D

Bila masuk fringe,speck akan berwap.Jenuhlah nak lap balik
Koleksi casing speck sepanjang zaman

Bila bukak speck orang tak kenal  kita..(= = )


Kalau pasal not 'RM 5 ploh hengget' tu aku darjah 5,masa duduk kat SABDA lagi haru.Maklumlah,dah duduk hostel jangan harap nak mengadu direct  kat mak bapak kan. Satu hari,speck aku ni  memang aku buat since Form3,semata-mata untuk PMR year.Inilah speck paling lama aku pakai selama 2 tahun setengah.Tapi,malang tak berbau mee kari kan,speck ni dah longgar dah cerminnya.Aku bertekad,nak bertahan pakai speck ni sampi ke anak cucu gitu.TAPI ,time nak mandi kat Tandas Ruby,sebelah cermin tu tetiba tercicir.SOB SOB SOB.
Lokasi kejadian menjelang maghrib 


Padahal tandas  dengan dorm aku tak adalah jauh mana.Pejam mata je  sambil korek hidung pun boleh sampai .Jadi,selama 2 minggu jugaklah aku buta meraba-raba jalan.Spanjang tak ada penyambung nyawa tu,aku berhadapan dengan macam-macam masalah.

Ada yang cakap aku bukak speck nampak garang.

Garang gila babeng ah!

Ada cakap macam artis (yuhuuu )
Ada cakap macam bapak orang

Aku pun tak boleh lupa betapa susahnya nak faham apa yang cikgu ajar kat  whiteboard depan.Bayaangkan Cikgu Sharul buat chemical equation pun nak terbeliak mata apatah lagi time add math nak kira-kira segala bagai.Tapi,mujurlah parent aku datang bagi speck baru masa cuti Hari Pekerja.Mula dari situ hidup aku jadi normal balik selepas kekacauan telah tamat.

Rajin ? skema gilo kan nak baca buku segala bagai?
Di sini,ada beberapa tips dan pesanan penaja sikit yang nak dikongsikan : 
-Kalau korang batak sangat nak pakai speck,baik lupakan saja niat suci murni tu.Rabun boleh dikurangkan kalau penggunaan cermin mata yang tidak terlalu kerap.

-Seeloknya,kurangkan masa menghadap alatan pemancar cahaya berkuasa tinggi macam TV,laptop atau PC ke.Tapi kalau dah kaki blogging macam aku,tak yah elakkan  pun tak apa (ajaran sesat)

-Kalau tak ada rabun,jangan memandai pakai speck tak ada power.Cahaya yang masuk cermin tak ada power boleh pantul balik kat mata kita (aku dengar je lah..tak tau betul ke x )


Sekarang,nasik dah jadi bubur lambuk,bubur caca dah.Aku bersyukur sebab
masih dikurniakan mata yang sihat walaupun tak berapa nampak.Bukan buta pun kan?Kalau buta lagi haru.
Kepada yang rabun sepertiku jua,jangan merasa rendah diri.Memang nampak nerd nak mati,kalau rajin rambut sikat tengah pastu kepit buku 24 jam.Sumpah dah tahap profesor dah.
Tapi,bercermin mata tak semestinya kita terbatas,
tapi jadikan sebagai kenyakinan sebab tak semua orang pakai speck ;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan