Sabtu, 19 Januari 2013

The Miracle ~Pengenalan

Assalamualaikum,
Bila tengok blog orang lain ,aku  secara tiba-tibanya rasa nak nangis.Perlahan-lahan air mata merembes keluar dari kelopak jantung mata ( ayat novel lah ni).Sekarang,aku nak buat orientasi macam darjah satu balik.


Bila tenung kat follower,aku nganga.
Bila tengok kat komen blog tu,aku nganga lagi.
Aku tak kenal orang ni.Kalau berminat,sila tanya Akak Google kite,..
Bila baca entri pulak,aku nganga sampai bapak cipan pun boleh masuk.
Sekadar gambar hiasan
Bila tengok design,lorrrrhhhh -biasa sahaja .
Siasat punya siasat ,aku jumpa satu rahsia

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
R.A.H.S.I.A
S.E.C.R.E.T?
Apa yang rahsia sangat blog 'depa' tu sampai buat aku nangis ni? Buat pengetahuan,rahsia tu  tak lah besar sangat sampai resepi Craby Patty  MR Crab terpaksa sorok daripada Plankton .Bukan juga Rahsia Hati,novel kababom tahap jiwang tu.Bukan juga Biarlah Rahsia,okey,ni lagu Siti.Apa kena mengena.
Ehem,nantilah aku jawab.
Sekarang,aku nak mencongak diri.Munasabah Muhasabah diri kejap.Try usha blog sendiri.Tup Tap,air mata mengalir lagi.Apa kena dengan aku ni?.Baiklah.Biar aku introduce blog ni dulu.Persoalan tu aku jawab diakhir pengenalan ini.

Nama aku Ahmad Afiq.Masa mula-mula daftar nametag kat koperasi,aku tulis AHMAD AFIEQ.Aggap je huruf 'E' tu tak wujud.Habis satu kelas,dorm kecam sebab ada tambahan 'E' tu.Aku punya tuan blog ni.Kalau kau stalk (rasa hotnyer ..hehehe),TUAN YANG DIPERTUA tu aku lah.
Alah,kantoi lah  pulak buku Pendidikan Islam tuh

Aku dah habis sekolah.Lama dah .Baru tahun lepas..hehehe (ayat merepek ).Sekolah?Haishh,sepanjang hidup,4 tempat aku belajar.SKTR,SMKTR,SABDA dan tak lupa Tabika Kemas Bandar Baru Putra,Ipoh,Perak.

4 tahun aku dah mula blogging.Eh,bukan 4 tahun kecik-kecik tu.Time tu main masak-masak lagi.4 tahun lepas bermula,maknanya start form 2.Tapi,lepas buat blog kat Cyber Cafe,langsung tak update dah.2 tahun lepas tu  baru mula aktif (2011).Berikut sedikit sebanyak info blog pertama aku.

Nama blog :Mangkuk Ayun
Link: afiqhensem.blogspot.com
Masa buat : waktu lepas Isyak
Lokasi : cyber cafe
Status kini: innalillah.Google dah lupuskan kot

ehh,ni betul lah.Yang pasal 'hensem' tu jangan abaikan ye.
Malangnya blog ni dah ghaib.*nangis lagi

Aku cakap mangkuk ayun,bukan mangkuk yang satu nih.
THE MIRACLE? Apa maksud 'miracle'?.Aku suka sangat perkataan miracle sebab bermaksud 'ajaib'.
Ya,kehidupan penuh dengan keajaiban.Ehem,bukan 'keaiban' ye.Dulu,nama blog ni bukan 'Miracle'.
Tapi 'Duniaku........'.-____________-

Tu zaman jahiliah lorrhhh.Bila dah kecoh kat sekolah sampai cikgu pun stalk,aku terus tukar nama blog.Alahai,paling tak boleh blah,cikgu tu cakap

'Saya suka blog awak post pasal sekolah menengah bla bla bla.... tapi banyak yang saya tak faham'

Waktu ni aku speechless jap.

(TT.TT)
Yang pasti,aku tak pakai rejoice. ;P
Tujuan blog ni pun aku tak pasti.Tapi bukan pasal POLITIK,RUMAH TANGGA, 'JENAYAH' ATAUPUN pilihanraya (eh,nak dekat dah ni).Tapi mungkin pasal pengalaman hidup ,kejadian aneh,berita terkini ataupun cetusan minda.Semuanya ikhlas maaf zahir batin punya.



Aku lebih suka gunakan kata ganti diri 'AKU', daripada 'awak','saya','angah','along','AH LONG 'dan nama sendiri sbab nampak selamba yaya jap.Walaupun ada yang anggap aku ni perangai 'huduh' ke,kurang pengajaran ke,aku tak kisah.Sebab,lain blogger,lain gaya penulisan.

Kalau aku ni popular sangat,tentu korang kenal aku kat luar (luar rumah)Berikut adalah persediaan jumpa aku (bajet) kat luar :
-aku ni pakai speck.Dulu,orang panggil nobita.Aku tak kisah tapi lama-lama rasa nak tumbuk jugak
-Aku ni tak cerah.Kulit aku boleh jadi penyerap haba terbaik.Mampu menghidupakan 2 juta mentol.
(fitnah je )
-aku tak tinggi sangat tak pendek sangat.
-aku benci orang yang suka post jiwang cintun kat Facebook.Dahlah guna autolike.Tak cukup dengan tu,Twitter yang tweet limit pun nak tweet jugak.Rasa nak terajang pulak..
-aku tak ganas.Pemurah sebab pernah 'pau' maggi kat junior satu dorm.
-aku suka kucin (tetiba -__- )
-aku penganggur tegar sob sob (T,T) ~doakan cepat dapat kerja.
(= , =)

Jadi,segala kata cacian,yang telah kau berikan,buat ku rasa kosong,kosong..eh,segala pengalaman hidup,masalah atau apa saja yang tak berkaitan dengan POLITIK ,RUMAH TANGGA,JENAYAH..
aku kongsikan dalam blog ni.
Aku pemalu..hehehe.
Sebagai penutup,aku jawab persoalan di atas.
Kenapa aku menangis?=
sebab cuba memperbaiki diri sndiri menerusi penulisan blog

Sebab apa aku ternganga ?=
sebab follwer dia banyak,kandungan entri yang menarik pembacaan,design blog yang biasa-biasa sja.

Jadi apa R.A.H.S.I.A. nya? =
Kalau menulis blog,perlu ikhas,bukan kerana populariti,tapi dari hati.

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam