Ahad, 6 Januari 2013

Pengorbanan Terhebat

Mari,mari dekat semua.
Terlanjur tahun baru 2013,semua nak baru,azam,nazam,nizam(KR Ruby :D ),beg sekolah,perabot dan segala mak nenek lah kan.Cuma blog je yang sama dan masuk tahun ke tiga aku mencurahkan pengalaman di sini.Entah apa aku sumbangkan masih lagi samar-samar sebab merapu je kerjanya.HAHAHA
Okey,sebut pasal sekolah mengingatkan aku pada tanggal 2 Januari 2002,10 tahun setelah kakak aku masuk darjah 1.Kelas 1 Melur membuatkan aku seronok nak melangkah ke alam persekolahan.Aku masih ingat,beg ultraman  memang jadi tayangan perdanalah buat budak-budak sekolah rendah.Sikit-sikit pegang dan tanya mana beli.Kalau nak dikira,aku memang sakai sikit.Sebab? lepas dah puas dengan beg tu,aku suruh pulak mak belikan beg roda.Seronok gitu seret beg sampai kat tempat perhimpuanan.Dah lah gambar mickey mouse,jatuh kejantanan ke-macho-an aku.
Beg roda,bukan beg 'huduh' ni


                                            Budak sekarang layan Angry Bird je,tak macam zaman kite-kite (cehh )

Tapi orang kata,sekolah rendah tak menyengat sangat.Ramai tak sedarkan diri bila dah naik sekolah menengah.Tanggal 3 Januari 2008 tetap aku ingat.First time sekolah menengah,memang dah jadi orang tak cukup sifat dah.Kalau dulu,kasut sekolah putih,sekarang hitam ,beg sekolah dah tak main gambar-gambar kartun tak senonoh dah.Jenama X-zone dan bila naik form 2,beli lagi.Betul-betul membazir kan?HAHAHA
Dulu nerd cam tahap 'Dewa ' lahh..pijak rumput pun takot
Sudah cukup sudah,cerita pasal sekolah rendah memang  tak habis-habis kalau nak di hikayatkan.Mari kita susuri sebuah mukim yang terkenal dengan 'Syurga Kelapa'.Kat mana?
Berikut merupakan ciri-ciri khas kawasan tersebut
-terletak berdekatan muara sungai
-dikelilingi pohon kelapa,kelapa gading,kelapa sawit,kelapa dara,kelapa janda dan berbagai lagi
-terdapat binaan tunggal yang dikira moden di situ(sekolah aku )
-2 deret kedai lama yang antik seperti peninggalan prasejarah
-Ah,kau kata aku kutuk tempat ni,apa kau tahu?

B.A.G.A.N D.A.T.O.H
Seumur hidup aku,inilah pengorbanan terhebat kedua yang pernah aku lihat selain daripada  ibu bapa.
Kenapa?

#ohh ohh ohh ohh..
Kebanyakkan guru-guru disini,berkorban tenaga,keringat dan emosi apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga,rakan-rakan,suami dan insan disayangi.Tak kurang juga yang mengajar disekolah yang sedia ada,pencapaian tahap kababom meletup,SBT,SKK...terpaksa berpindah ke sekolah ni.Berhadapan dengan
karenah pelajar yang tak sama dengan atitude sekolah elit yang lain.
 
#ohh ohh ohh ohh
Pelajar semestinya terseksa jiwa raga.Tak kisah bagi yang tak masuk sekolah ni masa tingkatan 4.Ada seorang budak sejak form 1 lagi dah terseksa jiwa raga padalah exam cemerlang bukan kemain.Daripada sekolah ternama macam Convent,Jalan Empat,Saujana Utama,Bukit Jelutong ,SMKA, dan macam-macam lagi semestinya merasa hampa sebab keputusan percubaan tak segempak kawan-kawan sekolah harian.
Kadang -kadang sekolah lama yang satu daerah pun boleh menang dengan SBP.

#ohh ohh ohh
Bila difikirkan,pengorbanan meninggalkan teman.ibu bapa,guru-guru dan sesiapa sahaja perlu diharungi oleh setiap insan apabila melangkah ke menara gading.Bukan kelapa gading ye..Belajar di univesiti memerlukan pengorbanan yang hebat dan banyak apabila segala-galanya menuntut W.A.N.G.
Harap-harap tak adalah print page ni semata-mata wang rupiah tu tak ada tulis 'contoh'
Aku tak kisah kepada sesiapa yang mempunyai keluarga berpendapatan tinggi kerana P.A.S.S.I.O.N
belajar tak sama dengan  mereka yang berdikari sendiri.Ceeh,ibu bapa boleh hantar anak-anak ke mana saja
sampai C A K E R A W A L A ke,planet Marikh ke,neptun,uranus hatta kat Matahari sekali pun,kepuasan tak akan dirasai oleh kita.Tapai Tapi,pengorbanan kita sebagai pelajar,atau profesion apa sekali pun akan
memuaskan setiap tindakan kita.
Sekarang,tanggal 28 November tetap aku ingat sebab kali terakhir aku meninggalakan sekolah,mungkin selepas ni,tanggal aku masuk dan keluar U,dapat diploma,degree ,master atau PHD mungkin,akan dingati kerana ia tetap di kira pengorbanan terhebat. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan