Rabu, 5 Disember 2012

Langit Impian

Permulaan kuno
 ' setiap orang di dunia ini mempunyai cinta-cita sendiri'
eh,Cikgu English aku cukup marah kalau setiap kali esei,opening buat macam ni.
'Everybody in this world have their bla bla bla bla'

Okeyh,aku nak muntah,muntah dan termuntah dengar opening tu.Kalau ditakdirkan Tuhan,aku dijadikan pemeriksa kertas peperiksaan SPM, dah berdozen kertas jawapan aku reject.huh!
Berbalik pada fokus kita,cita-cita sememangnya ada dalam diri manusia.lainlah kalau bukan manusia.ceh, aku memang suka membebel cuti sekolah .Almaklumlah,meng- 'anggur' je kerjanya.Memang  dah jadi istiadat agaknya,orang yang habis SPM duduk rumah ,besarkan perut..kaki ...kepala ( 'berhibernasi ' dipagi hari,pukul 12 baru bangun ).
Perjalananan seorang manusia dianggap kenangan yang sememangnya tak dapat dilupakan.Melupakan setiap detik yang dilalui sememangnya merugikan diri.

Dan dalam meneruskan perjalanan tersebut,cita-cita sentiasa dijadikan pedoman agar diri cekal menghadapi hari -hari seterusnya.Bukan aku nak kata orang tak ada cita-cita,seorang yang buruk akhlaknya.Ada je,manusia yang  genius gila 'kababoomm',tapi bila tanya,

'Apakah cita-cita adik/kakak/abang/Dato'/Datin/Tan Sri/Puan Sri?'
-
-
-
-
-
-
-
-
-
= = "
'Entahlah,saya ikut je takdir'

Kepala lutut kau lah kan.Memang wujud orang macam tu.Strive macam nak gila kat SPM..masuk 'U' perah otak sampai kering,alih-alih tiada cita-cita.Ceh,buang karan je lah.Baik start tadika,duduk diam,cikgu ajar buat 'bodo' je.Tu tak kronik lagi kalau tak ada cita-cita .Yang tak tau habuk pun ada jugak.Kerjanya menghadap buku je.Masuk tak masuk lain cerita.Janji rock!

Cis,manusia-manusia.Impian memang berlambak kalau yang tak 'seberapa' bijak ni kan.Aku pun sama lah juga.Kalau nak di ikutkan,berkoyan-koyan kertas aku guna nak tulis impian tu.

Impian...Impaian..Ampaian (dah loklak dah.......)

#1 SAYA NAK JADI CIKGU

Teringat time darjah satu,guru kelas aku sangat baik.Baik 'gilo' sampai aku boleh kemas beg time dia tengah mengajar.Ceh,muka aku memang seposen pun time tu.Sedar tak sedar,pembaris panjang melekat kat belakang badan.Kurang ajar lagi kan.Dan pada suatu hari,aku ikut mak aku pergi pasar pagi.
Jeng jeng jeng.....aku jumpa benda ni







Kalau orang tanya,nak jadi guru apa?Mula-mula aku akan fikir ,subjek apa yang paling best dipelajari.Setelah itu,aku cari guru yang aku betul-betul suka.Sehinggalah Cikgu Fatimah,pindah ke Pahang,aku jadi sangat sedih.Guru BM sangat baik.Apabila naik darjah 2,Cikgu Rabiatul jadi guru subjek ni.Sampai darjah 4,cikgu ni jadi guru  kelas dan diganti Cikgu Farid yang memang terkenal dengan sifat kelakarnya.Masa ujian 1 darjah 5,aku dapat rangking pertama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Cikgu memang puji habis sampai hantar balik rumah.



Kali terakhir belajar BM sekolah rendah adalah bersama Cikgu Shahilah.Kelas aku masa tu memang 'Puaka' gilo ahh...nak-nak aku jadi ketua kelas.Sebab itulah,Cikgu Shahilah pernah merajuk sebab tak siap karangan mengenai kokurikulum.Ceh,patutlah sepanjang aku sekolah rendah,hanya sekeping gambar tersimpan.


2# SAYA NAK JADI DOKTOR

Agak tipikal bagi budak tadika bila tanya cita-cita hendak jadi apa?

'doktor.'

= = "
...........................................................................................................................................

TTOOOO-HOOO-LOOONGGG lah.Sumpah bosan gila dengan jawapan macam ni.Masa sekolah rendah aku selalu fikir,kalau semua orang nak jadi doktor..siapa yang nak jadi cikgu?posmen?penoreh getah?
Mungkin mereka berharap cita-cita itu menjadi knyataan.Tapi adik-adik sekalian,jangan lupa usaha.Jangan jadi macam 'abang ' yang tengah membebel ni.Statement yang agak tipikal ini sangat menyokong mengapa aku tak nak jadi doktor.


Doktor kerjaya yang scary(bagi aku ).Dr.Mahathir telah membuktikan kerjaya ni impian setiap  pelajar.;D

#3 SAYA NAK JADI PENULIS

Fenomena aku 'bertemu' dengan novel bermula dengan kakak aku.Tengok novel tebal 'gedempol' terus rasa nak baca.Sampai minah tu bising sebab novel kawan dia hilang.Time tu aku aku buat 'dono' je.Ambil bantal,selubung dalam selimut.Muahahah,

Novel dia Seharum Kasih...tak lupa ni.



Tak masuk lagi masa aku pergi rumah kawan aku,siap tunjuk novel yang aku baca kat kakak dia.Ceh,bangga kot kena puji.Start tu,setiap buku biodata yang orang suruh isi,aku tulis cita-cita nak jadi penulis.Maklumlah,budak-budak.Beli benda 'bodo' macam buku biodata,buku warna buku power rangers memang tak sah.HeeHEHEH.


Kesimpulannya,setiap orang nak jadi lebih baik.Usaha sahaja yang membezakan kalau apa  yang kita nak tu tercapai.

#penutup yang tipikal
huh!



























2 ulasan: