Jumaat, 30 November 2012

Berakhir Di sini

Baiklah,dengan ini saya berikrar,
-tidak akan 'mallaaazzzzzz'..nak update blog ni
-menggunakan bahasa dan tanda yang betul
-tidak akan merepek-repek kat ni
-tidak akan tidur dalam kelas.....apa? tidur?eh,tahun depan sekolah ke?


Yup,Sijil Simpanan Premium..oppss..Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.) bagi tahun 2012 telah melabuhkan tirainya.Tapi untuk pelajar Sains Tulen sajalah.Bersyukur?Gembira?Sedih?mestilah cik kak oi..
Selama 11 tahun berjuang,dicampur dengan zaman prasekolah,kenapa tidak detik ini dirasai?
Selama 6 tahun menanti U.P.S.R, 3 tahun menanti P.M.R..S.P.M? 2 tahun kot!
Aku Tak SETERUJA Macam ni.- -'
Selepas habis sahaja exam,semua gembira...10 minit sebelum habis kertas 3 biologi,masing-masing dah teringat kat rumah.Padahal baju kat locker tak kemas lagi.hehehe.

Tak kurang juga yang melulu ke Kantin.ehh,ada seorang makcik yang sangat baik beserta keluarganya -Kak Intan dengan Encik Azmi yang tabah melayan order kami sepanjang minggu exam ni.Mana taknya,hari-hari kami order makanan selepas solat Isyak.Dan hari itu,beliau bermurah hati adakan jamuan.hahah.
Aku terus balun tak ingat!
 

Ya,sepanjang keberadaan kami di sini,tanpa senior atau junior...kamilah pemerintah.Tak percaya?kalau tak takkanlah bilik Iron dah jadi muzium merangkap Bilik Penolong Kanan..haish..dasyat sungguh.,

Sepanjang 2 tahun  juga,pelbagai rintangan dan dugaan yang kami hadapi di sini.Tak dapat aku bayangkan semasa Majlis Bacaan Yassin &Solat Hajat SPM,tiba-tiba  blackout.Okey,satu aspura tak jerit nama n****l  pun.Dan malam itu,aku lihat satu Bagan Datoh gelip gelita macam kat Hutan Me...Amazon.Haish,tahun ini je dah 3 kali.Belum lagi time tahlil arwah,surau turut blackout.Hilang kusyuk cheq!

Ceh,susah nak cakap lah.Basikal warden habis kami balun round satu sekolah.Aku pun join lah..hehehe.
Lepas jugalah gian nak naik sebab sebelum ni..
----------
'diorang tu tak nak belajar ke? asyik round sekolah je'

tiba-tiba...penghasut datang..jeng jeng jeng

'Afiq,jom main basikal..cikgu sekian sekian sekian bagi main...'

-
-
-

-
-
Pandang kiri kanan,terus rompak basikal tu kat stor sukan aspura.hehehe

Kami main menatang  tu sampai 'hancuurrr' tau tak.Harap-harap keadaannya sihatlah hendaknya kini walaupun kena sound beberapa kali dengan ustaz sekian sekian sekian.heheheh

 Tak kurang juga kedatangan kucing yang kiu-miut ke dorm-dorm terpilih.Dan yang palin istimewa apabila dorm tersebut beruntung sebab kucing comel tersebut menjadikannya R&R buat sementara.
Ceh,dihalau karang derhaka pulak.hahaha.
Hoitt,kering lah kau kami tak ada..;D muhahahah'
Aku tak sangka betul budak laki suka kucing, terubat hati acik c**** walau dengan sabar kutip penutup tong sampah kat dataran.haissh..


ohh..berlambak tak habis mee hailam ni..sedap gila!

Dan hari Sabtu,2 2 hari sebelum exam Pendidikan Islam ,All Jazarians termasuk   ex-Jazari  telah mengadakan  reunion.Wallaweyy...aku bedal tak ingat lah malam.oppss..next post akau  cerita tentang malam tersebut,,.> ,<


psst : rasa bersalah snap tanpa kebenaran..haha

Dewan Makan antara lokasi palaing berjasa selain daripada kantin sekolah.Aku tahu,ramai yang patah balik bila DM makan ikan,err..aku benci lauk ikan bakar(ikan rebus..lalallala),tapi kalau dah 140 makhluk je,jadi sedap pulakkan.Kesetiaan pada DM ni bukan calang-calang murid boleh buat.Yelah,mesti nak makan sedap kan dan eksklusif untuk kita .Aku antara penanti setia pintu DM agar terbuka pada waktunya untuk mengisi ruang di perut ini.hahahah.


Selamat tinggal
-baju  kemeja PREp
-baju melayu (sumpah aku tak suka baju melayu sekolah ..hehehe)
-baju outing (mangsa penculikan sindeket baju outing )
-baju PJ
-uniform sekolah yang banyak berjasa
-baju batik (baju kulit bawang o , o )
-baju kahwin
-baju raya
-baju-bajuan
-baja?

dah,post panjang-panjang meleret pulak.
Apa-apahal,selamat menempuh kedewasaan batch 1995.Abaikan kita lahir tahun binatang apa..(*&%$#2)
Pastikan kejayaan pada 23 Mac nanti menjadi memori pengorbanan sepanjang 11 tahun ini.

Yippi!~


#saya mengaharapkan ihsan anda untuk memberi komen seikhlas mungkin untuk memperbaiki penulisan budak kecil' ini.

heheheheh..
- - '