Sabtu, 15 September 2012

Antara Cita Dan Cinta

Assalamualaikum,
ya,sekarang adalah kali terakhir dan perjalanan terakhir aku sebagai seorang pelajar.
perjalanan sejauh 11 tahun umpama seribu,sejuta ataupun berbillion batu jauhnya.
dan kita bermula dari usia yang muda,melangkah kaki ke tadika .
seterusnya,memasuki dunia sekolah rendah yang penuh fantasi kehidupan.aku takkan lupa time
kena rotan depan kawan sekelas sebab tiru tandatangan mak dalam buku latihan.guna pensil plak tu.
tak kantoi poonn..- -'

mendapat durian runtuh setelah mendapat durian busuk.time tu baru lepas kutip sampah sebab datang lambat kat sekolah.alih-alih masuk kelas,dapat 100 peratus pekse BM penulisan.memang senyum lebar aku sampai la ni.tak ketinggalan,kebengapan aku menghadap matematik-mata pelajaran yang aku paling benci kat sekolah rendah.tu tak termasuk English yang asyik dapat C je memanjang.huh! betapa tak sukanya aku belajar waktu tuh.zaman jahilliah kot..

Semakin lama,manusia makin berubah.dan begitu juga dengan penampilan aku.eh,dulu,punyalah takott nak wat pacak.datang sekolah rambut sikat tepi,seluar senting tapi tadak tali pinggang.jam tangan? maaflah,kalau dah sekali beli kat pasar malam,alamatnya hilang lah jadinya.start abis UPSR,dah pandai dah pakai tali pinggang.
ceh,tu pun ada orng tegur..bangga kot!

dan tibalah ke alam sekolah menengah.eh,excited nak giler!! excited sampai sobataj mee kari berapi adik aku dengan memasukkan seberapa banyak garam.! aku ingat,waktu tu hari rabu,esoknya sekolah untuk tingkatan 1.berkenalan dengan dunia remaja yang tanpa batasan.seronok masuk kelas no 1 walaupn kami adalh yng terbaik dalam kalangan yang lemah.ya,aku bukan sedia bijak sejak tadika lagi.

subjek paling menyampah?matematik tetap di rangking pertama!.sains? hancurr kot .teringat first time cikgu menyindir kat sekolah menengah.
"tali leher awak merah,markah awak pon merah"
my GOD! ...pedih kot.kat sekolah menengah,jarang kekerasan digunakan,sebaiknya sindiran yang pedas berapi! Bahasa Melayu tak pernah hilang dari hati aku.sejarah,georgrafi membuatkan aku  bersemangat nak belajar.dan bila naik form 3,kehidupan ini sedikit berubah.muncul motivasi untuk terus belajar.seronok biler awal tahun form4,pengetua panggil pegi depan sebab sukses dalam PMR.ya,Bahasa Inggeris jatuh dari rangking subjek paling aku benci.begitu juga dengan matematik.

dan tibalah kemuncak kehidupan bersekolah aku.tawaran ke sbp sedikit membingungkan.aku terpaksa mengorbankan kawan2 yang dahulunya dapat,tapi menolak sebab aku.aku? dengan perasaan berat pergi meninggalkan segalanya di sini.

kehidupan baharu itu bermula 28 februari 2011.2 minggu selepas itu,ujian 1 tingkatan 4.di sini,cabaran lagi teruk.bebelan membina cikgu macam dah lali kat kepala aku.rutin yang sama tapi menyeronokkan.
kawan-kawan kini berada di sisiku stiap hari.menunggu waktu siap nak pergi prep...belajar sana-sama.
kami berduka bersama-sama.semngat batch tak pernah padam.hubungan antara batch lain cuba di pelihara walau terpalit perasaan malu kerana salah seorang dari kami.begitu juga dengan cikgu.
ucapan maafkan kami cikgu,halalkan ilmu kami cikgu berkumandang apabila tamatnya pNp.
berpuasa bersama-sama.

Dan usaha kami yang membezakan pencapain.setiap kelas ada identiti sendiri.tapi tetap sehati.
saban hari,Masa semakin menghampiri.dugaan makin membukit.sekolah ini bermula dengan pencapain yang sangat serdahana.dan,kami ingin teruskan dengan kecemerlangan.bagi aku,semua subjek menyeronokkan.

Add Math,aku tak pernah membencinya seperti benciku pada matematik dahulu.ingatan terhadap ibu bapa
tak pernah lupa.kesusahan membesarnya anaknya.pengorbanan tanpa sempadan.

Dan,semua yang aku lalui,suka -duka,tangis dan tawa takkan aku hancurkan dan racuni  dengan CiNta.
ya,cinta di usia muda tak menjamin kebahagiaan.sebaliknya hubungan antara insan yang menentukan.setiap orang yang aku kenal sangat istimewa.dan dalam kalangan yang istimewa,ada yang teristimewa.
jawapannya mereka yang menerima  hakikat~bahawa kehidupan pelajar adalah untuk Allah, dan ibu bapa
yang membesarkan  kita.

2tahun tadika + 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sekolah menengah =  cukup untuk mendewasakan kita.